Friday, August 19, 2011

Pelajar dan Dugaan adalah Kawan Karib!


[ Ini adalah blog yang tuannya sangat malas nak up-date apa dia buat, apa yang berlaku selama ini pada dia. Dia bukan saja-saja malas (yelah sangat!) bahkan dia juga ada banyak hal-hal lain yang perlu diuruskan termasuk makan dan minum. (Kan?? Hahaha!) ]


Seorang pelajar sangat banyak dugaannya. Tak dapat nak lari apatah lagi dipisahkan. Kalau pisah, apa yang akan jadi? Ia ibarat, anda pisahkan siput babi dari cengkerangnya, dan akan mati.

Semester dua ni sudah mulai menguji saya dengan pelbagai perkara yang kadang-kala tidak terjangkau. Allah itu Maha Adil. Sesuatu yang terjadi pasti akan ada asbabnya.

Ceduk dengan bersungguh-sungguh apa yang lecterur berikan: termasuklah ceduk bersungguh-sungguh assignment yang diberikan dan lakukan dengan sehabis baik.

Presurerism, simpton yang selalu melawat otak dan segala-isi-dalamnya ketika ini. (bongoklah) kalau jadi pelajar langsung tak pressure. Kan? Ingat lecterur tak pressure ke? Lecterur lagi pressure layan peel pelajar yang baik kadang-kadang menyakitkan hati. macam saya ni. Mungkin.

Terkadang letih, nak putus-asa dan macam-macam lagi. Tapi segera ingat mak-ayah-nenek-makcik-pakcik yang bersusah-payah hantar saya ke sini. Tak berbaloi sangat kalau saya nak putus-asa sekarang.

Oh lupa, mungkin saya adalah pelajar yang banyak karenah kadang-kala. Letih, tekan dan nak tidur dalam 18 jam mungkin ada dan saling berebut-rebut menguasai diri. Kalau kat umah ni, dah mendapat habuan dari mak yang tercinta ni.

Hehehehe!

Dugaan itu selalu sahaja berlari-lari dalam hidup seorang amer mukhlis kerana tanpa dugaan, amer mukhlis akan menjadi manusia yang lembap sekali. berjumpa dengan kita di entry yang lain, pasti banyak yang saya nak kongsikan dengan anda!












No comments:

Post a Comment

apa kata anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...