Monday, November 8, 2010

::catatan air bah 2010, kangar perlis::

.Salam alai'k.
Awan-gemawan mencurahkan titis air semahu-mahunya. Hujan lebat mencurah-curah turun membasahi Bumi Perlis. Selama 2 hari 2 malam, kangar dibanjiri titis hujan yang tiada henti. Pagi petang siang dan malam.


Aku mula tertanya sendiri, selalunya hujan sekejap sahaja. Tapi pelik ula kali ini, hujan berlarutan dari sehari ke sehari. Aku kurang percaya apabila mak menakan aku mengatakan bahawa hujan yang berlarutan ini akan menyebabkan kangar dilanda air bah. Buktinya, memang benar apabila kampung sebelah sedikit demi sedikit mulai dilanda air bah. Dalam risau ada juga terselit rasa keterujaan. Sebenarnya aku tiada pengalaman meranduk air bah. Kalau dulu, aku tinggal di negeri Sembilan, tempat tinggalku terletak ditasa bukit. Jadi kebarangkalian nak banjir nak banjir memang tiada walaupun daerah itu pernah dilanda banjir hebat seketika dahulu.

Lama-kelamaan, air bah dari kampung sebelah mula melimpahkan air bah ke taman ira: rumah mak menakanku. Sedikit demi sedikit. Mula –mula paras buku lali lepas itu paras betis dan pangkal lutut. Air bah ni langsung tiada ucap selamat cepat saja sampainya.
Cerita diatas adalah sedikit tentang air bah di taman ira. Dan jujurnya, aku tidak tahu apa yang terjadi kepada kawasan perumahan tersebut. Kerana cerita yang sebenarnya bermula apabila aku menghantar nenekku yang demam menggigil dalam meranduk air bah yang semakin menaik parasnya.


Ceritanya begini; masa itu kami semua dok sibuk membuang membuang segala jenis sampah yang terapung apabila air bah mula naik. Walaupun aku menganggap tidak ada kejadahnya membuat pekerjaan itu untuk membantu mak menakan aku. Penghabisannya aku juga sakit yang sakit hati. makin dibuang sampah yang terapung-apung makin banyak sampah yang hanyut ke kawasan itu dari tempat lain. Malah yang terapung makin lama makin besar saiznya. Contohnya papan kayu yang dah reput, ranting-ranting kayu dan berkemunginan besar tong sampah.





Aku masuk sekejap bila teringatkan nenek yang belum makan ubat. Masa itu bekalan elektrik dah terputus. Terpaksalah aku menapak perlahan-lahan dalam kesiangan. Apabila masuk bilik aku dapati badan nenek bergoyang-goyang, mengigil! aku mendemah dahi nenekku, panas! demam menggigilnya kembali seperti minggu lepas. Cuma keadaan kali ini agak meruncingkan kerana air bah menyekat di setiap jalan utama.

"Macam mana ni?"

aku pun kerunsingan. mak menakanku juga turut kerunsingan. Kami dah tak tahu nak buat macam mana sebab air bah masa itu dah pangkal lutut. Lastly, pak menakanku menelefon rescue:bomba.

sementara itu menanti kedatangan ahli bomba; mak menakanku dok bersiap-siap segala barang keperluan nenekku.

"Macam nak tinggal kat sana aje!"

"Memang nak tingal sana pun!"

erk?! biar betul! habis itu, siapa yang nak ikut nenek ke hospital?aku ke?!

"Amer, ko pergi tau ikut nenek ke hospital. Cik Nah tak dapat nak pergi. berkemungkinan besar air naik lagi. masuk ke rumah!"


Mak menakanku menjawab segala persoalanku. nampaknya memang akulah yang kena temankan nenek. Cucu kesayanganlah katakan. haha.


Aku kemas seadanya sahaja. Sebab hatiku ragu yang nenek kena masuk hospital. Bekalan makan bawak sikit ajelah.

Tunggu punya tunngu, akhirnya orang bomba datang naik pajero. Kita orang pun angatlah nenek. Nak bawa keluar sahaja punyalah payah kerana terpaksa meranduk air bah nak ke pajero yang agak jauh itu.

Nasib baik ada jiran-jiran yang rajin menolong. cepat sikit kerjanya. Nenek pun dah selamat masuk ke dalam pajero. Tapi masalahnya sempit! aku dahlah gempal. Tapi tak apa, akukan pakar menyelit! huhu.


Aku tinggalkan air bah yang semakin naik di taman perumahan tersebut bersama pak dan mak menakanku bersama anak-anaknya. Selamat sahaja aku naik pajero, kami meredah air bah di jalan utama. Lagi tinggi parasnya. Inilah pengalaman pertama meredah air bah sebegini. Teruja pun ada juga!

Dataran balai polis dah selamat tenggelam, kampung sebelah pun dah selamat tenggelam.


"Alang-alang kena air, biar basuh terus!"

Kata salah seorang pakcik rescue apabila kami sekumpulan makcik-makcik dan anak beranaknya dok ligat air air di tengah jalan.

dalam hati, aku pun setuju!

pajero yang bergerak agak laju meninggalkan ombak yang deras dan besar. Akibatnya,bila pajero itu melepasi gerombolan itu, mereka terus dilanda ombak. habis merekA kekuyupan!

aku tergelak dalam hati!

Sampai di jalan utama, kebanyakkan kawasan diliputi air bah sampaikan jalan nak ke Putra Palace pun kena tutup. Sepanjang jalan tersebut, aku melihat gelagat manusia yang pelbagai. Mereka dok bersidai di tengah jalan; macam sotong kering aje!

Kalau dok tengah jalan,alamatnya kena lentunglah kan?!

semasa pajero lalu, ada saja yang bersorak-sorai dah macam nak hilang anak tekak. kalau takut kena ombak,lebih baik duduk dalam rumah! aku tatap lagi gelagat manusia yang pelik bebenor itu.

"Kenape mereka nak bersorak hah?"

tertanya jugak aku sendirian. aku taklah duduk sebelah permaisuri, tak juga duduk sebelah artis tapi aku dok pangku nenek aku yang tengah demam mengigil pun nak bersorak ke?

"Memang salah feel betulla diorang nih!"

Apa diorang yang duk bersorak kat pajero ni kereta berhias ke? hish!!

"Takde kesedaran sivik langsung."

kesimpulannya, satu kangar banjir. ramailah penduduk yang keluar jalan kaki main air.


sesampai di hospital, aku terkejut lagi. hospital pun air bah jugak ke?yelah akukan sedikit jakun! huhu.

turun dari dari pajero, air bah dah paras peha. nenek diatas atas stretcher, petugas di wad kecemasan hantar terus ke bilik separa kritikal. Dan aku pun terperanjatlah lagi! Hurm...

Dalam ruangan menunggu tu dah tentu banjir. Apatah lagi bila masuk dalam bilik separa kritikal, pun sama juga. Tapi itu satu pengalaman baru, dalam payah aku sukakannya. Supaya nanti bila air Bah lagi di tempat lain, aku tidaklah jakun lagi!



Nampak tak,pintu masuk wad kecemasan. Aku terasa nak berenang aje! Tapi aku sabarkan hati. Nanti nurse dengan doktor usha pelik dekat aku.







Hah! dua gambar diatas adalah laluan kanan dan kiri wad kecemasan itu. Tapi gambar ini masih okey lagi sebab bila enset aku kehabisan bateri, mulalah pandangan mata aku tong sampah tenggelam timbul timbul bergerak tanpa arah tuju. Plastik sampah ade juga dan yang seangkatan dengannya. Tapi terus terang aku katakan. masa aku tangkap gambar ni takde nampak pula doktor dan petugas seorang dua. macam tahu-tahu aje yang aku dok ambil gamba depa naa!

mungkinkah depa malu? mungkin juga yang bukan gila bergambar? mungkin juga khusyuk melakukan tugas masing-masing?


tapi yang ketiga itu memang aku akui. aku tabekkk arr! pada doktor dan petugas yang selamba badak. Banjir atau tidak diorang tetap teruskan erja yang diamanahkan pada diorang. muka slumber gila meranduk dalam bah, macam takde apa-apa. walaupun air bah sedikit melambatkan pergerakkan mereka. tapi, kerja tetap kerja. terbaeekk wokk!

tapi bila aku dah tak tangkap gambar, sebab bateri dah kong, berduyun-duyun diorang ni lalu depan mata aku. hish! saje je kan?

"Makcik ni demam menggigil, dia kena tahan wad!"


haa?! tahan wad? alamak!! x boleh balik ke?


"Lagipun dia ni orang tua, mudah terdedah dengan penyakit lain. Nak nak banjir ni lagi lah. Demi kesihatan makcik ni kami kena tahan wad."


Tutur doktor perempuan itu. Dia tak pandang muka aku ke? yang agak keberatan...


Tapi, bila difikirkan balik memang betul. Nenek aku yang berumur 76 tahun mudah terdedah dengan sakit lain. Ditambah lagi sisitem pertahanan badan dah tak kuat. Lagilah senang.

Nenek punya pasal aku gagahkan jugak. Selepas aku daftarkan nenek, nenek terus dihantar ke wad. Tapi masalahnya sekarang ini, lif dah tak boleh guna! Maknanya kena guna tanggalah! Mak datok! Tingkat lima tu bai! Aku dah lemah bab daki mendaki tangga ni.

Nenek dipindah ke strecher, meneruskan pendakian ke tingkat lima. aku yang baru naik sampai tingkat 2 dah lelah, apatah lagi petugas yang mengangkat kan? jadi kami pun berehat sekejap-sekejap. Janji sampai!

Selamat sampai, nenek dirawat mengikut prosedur yang ditetapkan. Aku dok kemas pindah barang dalam almari comel. Pesakit-pesakit dalam wad tu memang baik dan peramah. mereka tak lokek makan dan kudrat yang ada. Ada juga yang buat aksi lagak ngeri, tapi aku abaikan ajelah.
Malam itu, paras air makin naik dan naik. Dapatlah aku agak paras pinggang selepas aku bertanya kepada nurse yang selalu dok turun naik tangga. Aku malas nak turun, apa yang ada banjir. Tapi yang sebenarnya aku malas dakI tangga! haha. itulah punco eh!


















Bila tengok kawasan luas ni, serupa macam kolam mandi yang besar. Padahal kawasan itu adalah kawsan parking kereta. Dan dan itulah aku mengimpikan perkara yang bukan-bukan. aku rasa aku nak letak papan anjal dari tingkat lima itu dan terjun dengan gaya bebas. persoalannya disini: mampukah papan anjal itu manampung berat badanku? ataupun beranikah aku melompat setinggi itu? jawapannya dua-dua pun betul juga.

huhu.








Sepuluh gambar diatas dari pandangan tingkat lima, wad tempat aku dan nenekku diami.
Semua tempat penuh air,payah nak lalu payah juga kereta dan ambulans nak lalu lalang. Hanya boleh lalu iaitu lori dan bot. Bila nampak bot, aku tersangatlah cemburu kerana tidak pernah sekali pun aku diberi peluang untuk menaikinya selama enam hari aku di sini. Kempunan betul aku!

bila petang pula, aku nampaklah budak-budak main-main rakit buatan sendiri. Berani betul budak-budak ni. Tak tahu semua tempat itu dalam ataupun cetek. Mungkin mereka nak buat adegan; berakit-rakit ke hulu,
berakit-rakit ke hilir.
Kot??

Sepanjang berada disana, secara tak langsung belajar erti kongsi-berkongsi. Makanan yang ada, dibahagi sama rata agar semua dapat merasa.
doktor dengan nurse yang aku respect sangat tetap melakukan rutin mereka seperti biasa. Air bah bukanlah alasan mereka nak mengelak. Kebanyakkan nurse dan doktor hanya memakai pakai biasa dan bukannya uniform. Ada yang berpakaian seperti nak berjoging dan ada yang pakai seperti nak bersantai-santai makan angin. Tapi you're still terrbaaeekk wok!!
Tapi ada satu part yang kelakar, doktor cina ni selamba betul pakai seluar pendek semasa bertugas. gila kelakar lah! nasib baik diorang pakai nametag, kalau tak sah-sah aku ingat amoi dengan apek datang melawat sedara mara dekat sini. Yang tak boleh tahan tu, specialist diorang pun pakai seluar pendek. tapi tak apa, abaikan...

Hari demi hari nenek makin sihat. Kebanyakan pesakit dah boleH balik rumah, tapi air bah tak mengizinkan mereka pulang. Ada yang degil jugak nak balik.
Tapi alhamdulillah, walaupun ada hujan, tapi sekejap-sekejap aje. dan air bah dari sehari ke sehari makin menurun parasnya. Ini amat menggembirakan aku.

nenek! sama-sama kita bersorak! Alhamdulillah! boleh balik!


pada hari sabtu, nenek dibenarkan untuk pulang. nak sahaja aku jerit boleh balik tapi aku jaga ke-macho-an aku.

aku pun start lah kemas barang-barang. lepas maghrib, pak menakan datang mengambil nenek. nasib baiklah waktu itu lif dah boleh guna,walaupun satu sahaja, tetap Alhamdulillah.

bila aku pulang sahaja ke rumah. faham-faham sahajalah keadaan rumah; tak macam tongkang pecah mungin macam kapal terlanggar batu karang. Jangan nak kata rumah mak menakan aku, rumah lain di taman perumahan ini mungkin sama juga 2x5.

tapi semasa di hospital, aku dimaklumi bahawa rumah dimasuki air. Sepanjang air bah, pak dan mak menakan aku berHempas pulas mengemas rumah dan membersihkan rumah lepas dimasuki air. letih itu memang letih. bak kata mak menakan aku:

"peha ni dah rasa berbuah!"

Dengar kata tahun ini, banjir paling buruk di kangar. Dengar kata lagi air bah ini dari vietnam dan thailand. Iyalah cuaca disana lebat teruk dan air bah menurun sedikir demi sedikit sampailah ke kangar. Wallahualam, aku tak tahu sahih atau tidak maklumat itu kerana aku bukan pakar kaji cuaca mahupun ahli geografi.

Nenek kembali sihat dan kami semua jalani kehidupan walaupun ada sedikit barang-barang dalam rumah yang belum dikemas. Letihnya mengemas waktu banjir sama letihnya macam nak mengemas pindah rumah.

mungkinlah kot...

pada ayah, mak dan indok terima kasih sayang kerana sering bertanya khabar, memberi semangat,penyampai informasi dan sentiasa ambil tahu kami disini.

pengalaman melalui air bah kali ini amat bermakna sangat. lalu, aku abadikan dalan ingantan dan blog ini. dalam jerih payah,sakit derita dan susah senang ada keterujaannya sendiri. kita hanya insan biasa yang hanya belajar dari pengalaman untuk meneruskan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu apa bentuk ujian bakal kita hadapi.

untuk catatan air bah, kangar,perlis 2010: Terima kasih Allah, aku antara ribuan yang terpilih untuk pengalaman meranduk air bah. pengalaman yang sangat manis dan bernilai!

jumpa lagi di entri yang akan datang!

.Salam alai'k.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...