Friday, June 3, 2011

:: Short sem yang terasa padat macam tin sardine kemek ::


Untuk short semester ini, sungguh aku merasakan ia agak padat. Kena cover 3 subjek dalam masa 2 bulan. Kalau masa stpm, walaupun aku terasa ia padat, namun aku masih boleh bernafas lagi dengan teratur. Dan short semester ini, entahlah. Aku merasakan nafas aku selalu tidak teratur. Asyik menyemput saja. Sebab itulah aku pergi kuliah bawa inhaler je. Haha!

Seperti di dalam facebook, aku menambah hobi baru aku ialah membuat assignment yang tidak pernah nak menyurut, malah betambah lagi. Haha! Maka, hobi menulis cerita yang menjadi keutamaan aku sebelum ini terpaksa aku letak ke tepi dahulu. Mungkin di tempat ketiga dan keempat kot. Yelah, kalau dah nama hobi, tangan ini takkan aman kalau tidak mencuri masa untuk menulis. Walaupun sedikit itupun dah cukup Alhamdulillah.

Masuk UNISEL. Tempat baru, cara hidup yang baru dan banyak kawan-kawan baru yang aku jumpa. Best dan sangat mengujakan. Yang tak mengujakan poket memanjang kering je. Huhu. Ptptpn tak masuk lagi wook! Kan.

insyaAllah, dnegan izinnya, aku mesti dapat buat. Chaiyok! Chaiyok! Amer! Walaupun short semester ini padat macam tin sardine kemek, mesti boleh buat punyalah. Julai ni semester dua. Lagilah dengan 5 subjek. Bukan tin sardine kemek, sardine tu yang hancur kalau tak kena gayanya. Apa-apa pun, redah jee!

Thursday, June 2, 2011

:: Ayah dan Ibu ::

Terima kasih buat ayah dan ibu!

Sungguhlah...kasih ayah hingga ke dunia. Kasih ibu sampai ke syurga. Dua perkataan itu sangat menyentak hati sehingga membuatkan aku terasa-rasa sehingga kini.

Pagi tadi ayah aku menelefon aku. Sebelum ini aku membuat permintaan kepada ayah dan emak. Dan tidak disangka pagi tadi ianya telah termakbul. Sebenarnya bukanlah tujuanku untuk menceritakan hal yang ini, tapi yang mahu aku ceritakan ialah kisah disebalik kisah.

Bagi aku, ia sangat mengharukan hati aku. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Meskipun terpaksa bergolok-gadai untuk melihat anak berjaya di muka hari. Ayah banyak berkorban. Ibu banyak bersusah payah. Asalkan melihat anak-anaknya berjaya, mereka akan menyanggupinya.

Sungguh, kalaupun aku bisa membalas jasa ibu bapa yang tidak terhitung itu, mungkin nilainya belum mampu menyamai dengan apa yang ayah dan ibu lakukan untuk aku. Langsung tidak setanding barangkali.

Buat pembaca dan pelalu blog ini, aku mengharap sangat, tolonglah hargai ayah da ibu anda. Sementara mereka masih ada. Terus terang, aku dah melihat anak-anak yang melupakan ibu bapanya. Sampaikan sanggup nak menghantar emak sendiri masuk ke rumah orang tua. Oh dunia. Anak yang bagaimanakah ini?
Sebelum aku menoktahkan entry ini, anda pilihlah anak mahu menjadi anak yang bagaimana. Dunia ini terlalu sekejap untuk hal-hal yang seperti itu. Ingat, kalau melibatkan ayah dan ibu, menyakitkan hati dan melukai, Allah balas di dunia masa itu juga. Cash!

Aku mahu menjadi anak yang disayangi ayah dan ibu. Anak yang tahu asal usul dan tidak melupakan ayah dan ibunya apabila berjaya kelak. Amin Ya Allah. Anda pula bagaimana? Pilih dan tentukan sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...