Wednesday, August 7, 2013

Pergi



Tak sempat nak letak nama apa. Sumpah tak sempat. 

Hadap pepuas gambar ni -



Ayah jumpa, bawa masuk rumah. Mak dia entah ke mana. Dia monyok. Aku duk jaga dia siang malam. Macam anak sendiri, dah. Mata kuyu, macam dah hopeless nak teruskan hidup serba nan mencabar. Dua malam dia teman aku, dengan sekole kopi (aku tak main cawan, mana cukup!), sudahnya pagi tu adalah terakhir. Bangun tidur dia dah kaku. Tapi nampak macam dia nyenyak gila tidur. Nyenyak sangat. Dia dah keras. Aku gerak kotak, tetap dia kaku. Mak cakap dia dah takda. Pergilah, kalau nak pergi. Aku mana boleh paksa, walau duka. Kau baik. Moga Ramadan ini beri kau rahmat, tak banyak pun sikit pun jadilah.


Guna Akal

Gila lama aku tak ngupdate kek sini. Sebabnya? Sebabnya aku dah tak tau nak bebel apa kat sini. Jadi akti aktif kat blog sebelah sana. Nun jauh dari kehidupan aku yang sebenarnya. Bahagia dengan kehidupan yang dicipta atas kertas kosong nan maya, berbanding dengan hidup sendiri. 

Nantilah uols, banyak yang aku nak bebel kat sini. Perlahan-lahan. Cuma, hari ni aku rasa sangat terpanggil nak nulis di blog aku yang memang sendu mengenai satu video yang aku tengok di wall rakan FB. Sungguh, tak tau nak habak cemana-lah. 

Korang tengok, korang tau. Malas nak menyalak lelebih. Cuma satu aje yang aku ingatkan diri sendiri bila tonton tadi. Bayangkan aku jadi anak-anak yatim yang terima 'pemberian' indah begitu, agak-agak apa aku nak rasa?

Ohhh, terima kasih sesungguhnya atas pemberian orang-orang yang baik hati ni. Tak terbalas rasanya. Cenggitu? Puih.

Sini uols : Pakaian Terbuang yang Diberi Kepada Anak Yatim

Thursday, March 14, 2013

Mendepani hari yang bukan mudah . . .



     Hari ini bukan hari yang mudah. Terkadang parah yang melewati hati nan kering. Saat memandang seorang ibu India yang hidup di sekitar pusat komersil Shah Alam, sudah bisa membuatkan hati aku tergundah gulana.

     Ibu, wanita yang martabatnya paling diangkat tinggi dalam masyarakat, agama ataupun negara hidup tanpa tentu arah yang pasti dan hanya bergerak mengikut kata hati sendiri. Saat bebeapa hari lepas aku terpandang, lantas bibir teralun sepi. Terkesima barangkali. Mulut mudah mengungkapkan namun hati sendiri belum pasti.

     Hari pertama memandangnya buat pertama kali aku jadi kelu sendiri. Mungkin saja dia sedang menunggu seseorang untuk menjemputnya kembali ke sisi kembali. Sedih menimpa hati saat ibu itu tertidur hanya di kerusi di KFC 24 jam di seksyen 7.

     Cuba untuk hati menanam positif, namun semakin masa beranjak aku sendiri menebak hatiku dengan menyatakan kepada rakan yang sewaktu itu lepak bersama bahawa dia adalam gelandangan. Ibu yang ditinggalkan oleh anak. Mungkin ibu yang ditinggalkan oleh keluarga sendiri.

     Jam ketika itu beranjak ke jam 3 pagi. Sah! Dia memang ibu yang diinggalkan. Sukar untuk hati menyatakan namun itulah kenyataannya. Tidur di kerusi di KFC wktu itu bukan mudah. Sejuknya sehingga mencucuk ke tulang hitam. Perasan juga aku yang ibu itu kerap terjaga dan menggosok anggota badannya yang kesejukan.

     Berkali-kali ibu itu meminta pekerja KFC untuk mematikan kipas yang ligat berputar. Namun, hati melafaz syukur saat pekerja tersebut hanya melayan sahaja. Mengikut apa yang ibu itu katakan. Pelanggan yang tidak ramai, jadi jangan membazir elektrik kalau tiada orang yang datang berjamu di situ.

     Ibu itu kerap terjaga. Aku melihat kakinya yang seakan membengkak. Mungkin penyakit yang orang gelarkan kaki gajah. Kerap kali aku melihat dia masuk KFC dan bercakap dengan pekerja di kaunter, entah untuk meminta apa. Aku hanya memandang, membiarkan saja.
Menjelang subuh aku lepak, ibu itu masih lagi di situ. Tidak ke mana- mana. 

     Kalau ke mana-mana pun hanya untuk ke tong sampah, membuang ludah yang berkeladak dalam mulut. Ibu itu masuk ke dalam semula, dan membawa keluar semangkuk sup dan bubur. Itu set breakfast KFC. Aku hanya berfikiran positif yang pekerja KFC itu bermurah hati tanpa mengenakan sesen pun.

    Selepas kelas pagi itu, dengan rakan yang berlainan kami pulang ke rumah. Sekali lagi aku nampak ibu itu sedang makan di kedai mamak pula. Lalu, aku ceritakan kepada rakan aku ketika itu peristiwa yang aku lalui tadi.

     Jam 1.30 pagi, dan sekali lagi aku ke KFC, aku terjumpa dengan ibu India itu pada hari lainnya. Masih dengan berpakaian sama, dan menggeondong beg palstik kecil. Barangkali hanya terisi dengan dokumen penting ibu itu. Ibu itu tetap di situ dan masih di situ.

     Aku memandang ibu itu, saat itu fikiranku terus mengingati ibu dan ayahku. Hati aku sedih. Ada pilu yang terbalut kemas saat mengenangkan anak-anaknya yang tegar sekali memperlakukan ibu seperti itu. Kalau anak-anak yang tergamak menghantar ibu ke rumah orang tua pun sudah cukup membuatkan hati aku pedih. Apatah lagi anak-anak yang hanya meninggalkan ibunya begitu sahaja, tanpa sedikit pun perlindungan.

     Kepada sahabat aku, aku meluahkan apa yang aku rasa. Dia juga berperasaan sama seperti aku. Meskipun perangai aku gila, tak betul, mulut seringkali puaka, kalau melibatkan ibu atau ayah sendiri, itulah aku. Hati aku jadi cepat cair. Aku tak boleh melihat keadaan yang sebegitu. 

     Ibu yang melahirkan anak dengan seluruh kudrat dan nyawanya sudahnya dicampakkan begitu saja. Seperti sampah? Campak ibu macam sampah ke mana sahaja tanpa memerlukan kudrat yang bukan seluruhnya? Oh, Allah.

     Ingin sekali aku bertanya kepada ibu India itu, apa yang ibu harapkan di dunia ini selepas diperlakukan sebegini. Aku jadi takut kalau aku bertanya soalan itu. Aku takut aku tak boleh menerima kenyataan hatinya yang sebenarnya. Mungkin saja ibu itu akan jawab begini :

     “Saya tak mahu apa-apa dalam dunia ini. Cuma permudahkanlah jalan anak-anak saya. Bahagiakanlah mereka di dunia ini. hanya itu harapan saya.”

      Aku jadi takut lantas gerun mendengarkan itu. Barangkali. Ibu, kalau harta sebesar dunia ini bukanlah tandingannya. 
     
Tak terbalaskan. 
     
Tak terjangkakan.

Tuesday, February 12, 2013

Wacana Buku Ahmad Lutfi Othman





Ahmad Luthfi Othman is a prolific journalist, activist and now hold the position of chief editor in Harakah. This event about the discussion of his books ‘Catatan Hujung’ and ‘Detik Utopia’ held in Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam on January 22, 2013. The ceremony is organized by Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor and Persatuan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).






This discussion focused in issues related with local politics. This remarkable meeting is joined by famous panels who are Y.B Khalid Samad Shah Alam member of parliament, Lim Hong Siang (former Malay editor in Merdeka Review and Harakah columnist) and Adam Adli (famous student activist).

 About the Detik Utopia, it is filled with good critics by Ahmad Luthfi and the administrative of Pakatan Rakyat.  Other critical issues related with Internal Security Act (ISA), press freedom with honor view of him about the local politics.
Talking about Detik Utopia, some comment and analysis by Ahmad Luthfi Othman including some issues related with Pakatan Rakyat and the determination to change a better local politics. The comments by Ahmad Luthfi is completed and sometime from his different angle and perspective.

Ahmad Luthfi Othman also touched about issues related powers and weakness in general election. The hopes and worries occurred when the Pakatan Rakyat won a ‘big game’ in March 8, 2008. This enthusiasm writer also gave comments and suggestions based on his experiences as a media activist began from when he started worked as a journalist and editor in Harakah until now.

This precious moment was held publicly to all people to come and gives their opinions on this discussion as well. Detik Utopia published by Buku Harakah is available at Peninsular Malaysia with RM 25.00  and RM 28.00 in Sabah and Sarawak region.






Monday, February 11, 2013

Oh, Manuskrip !



Punyalah kemain eksaited aku nak menyiapkan manuskrip yang bertajuk ‘Aku Bukan Bibik’. Sudahnya- YANG HADO!

Ada pertukaran minit terakhir yang membuatkan aku terpaksa menukar ke manuskrip lain. Sumpah menyedihkan!

ABB tu entah macam mana aku buat, sepatutnya jadi kisah romantik komedi dengan tiba-tiba jadi MISTERI THRILLER. Sumpah menyedihkan sekali lagi!

Inilah dia kalau dah menulis takda plot apatah lagi point asas cerita. Sebab aku suka main tulis. Cerita asas memang dah lekat dalam otak. Cuma menulis ikut cerita tu bergerak sendiri.

SEDIH! SEDIH! SEDIH!

Aku memang terlajak emosi dan imaginasi yang melampau. Kalau nak difikirkan balik masa buat ABB, takda pula aku sengaja mendedahkan diri dengan membaca atau mengkaji cerita yang mister/thriller. Sangat mengharukan sekaligus memilukan.

Entah macam mana boleh jadi macam tu aku pun tak tahu. Jadi, aku bekukan sekejap ABB yang dah nak mencecah 250 muka surat tu. Peram buat tempoyak.

Ada jugak aku ceritakan pengalaman ni kepada rakan penulis yang lain. Akak-akak novelis. Ada yang ketawa dan ada yang sengih memanjang. Kalau aku duduk tempat diorang pun aku buat benda yang sama.

Dengan lebih ekstrem kelak kaw-kaw, terbahak-bahak dan kalau boleh sampai nak tercekik anak tekak. Mampu? Gerenti korang takkan mampu. Aku gelakkan diri aku yang menyedihkan tu. Apalah kau ni Amer Mukhlis oi!



Dah tu, tup-tup aku terfikir nak dahulukan cerpen ‘Rania Cinta Doraemon’ ke cerita panjang. Asalnya RCD kalau ditukar ke cerita panjang akan dinamakan ‘Cinta Kalis Mentega / Oh, Cik Hati!’

Alkisahnya, manuskrip CKM/OCH! Tu aku nak jadikan manuskrip ketiga untuk dihantar ke Buku Prima. Nampaknya aku dahulukan CKM/OCH! Untuk dijadikan manuskrip kedua. Tapi tetap romantik komedi (sarkastik).

Aku target nak buat selang seli. Cerita sedih lepas tu gembira. Sedih gembira. Macam tulah seterusnya. Kita tengok macam mana, ya! Jadi bila dah tetap hati ni, aku mulakan manuskrip baru iaitu CKM/OCH!

Memang elok sangat, masa cuti semester lepas, aku balun kaw-kaw siapkan kesah tu. Memang berbaloi sangat. Sebab masa tu semangat menulis aku jadi terlalu jantan dan berkobar-kobar. Sebelum cuti aku memang dah mulakan kesah tu jadi kalau cuti ni aku bajet memang elok masa nak pulun habisan kisah tu.

AKHIRNYA! AKHIRNYA! AKHIRNYA! 

Siap juga. Dan aku memang tak sangka sesangat yang boleh siap. Dalam menyiapkan kesah tu, aku memang tak cukup tidur. Sekali buat redah sampai tiga ke empat bab. Memang sah aku dah gila masa tu. Gila menaip!

Aku tarik nafas lega bila dah send email kesah tu ke editor Buku Prima. Lega-lega sesangat!

Lain kali kalau jadi macam ni, tepuk untuk aku yang MENYEDIHKAN. Untuk aku yang suka tukar kesah LAST MINIT. Dan akhir sekali untuk aku yang TERLEBIH COMEL. Okey, aku tahu ayat tu boleh buat korang rasa nak muntah.

Bai! Bai! Bai!


P/s: Editor pesan nak hard copy. Aku dah sengih macam kerang busuk. Bukan tak nak buat duet takda. Sedih. Tunggulah PTPTN nanti. Lalalalala.

Wednesday, January 2, 2013

Kenangan 2012, Wah!

Ini semua, antara kenangan masa tahun 2012.  Masa bulan 8, novel pertama aku keluar di bawah publisher BUKU PRIMA, Grup Buku Karangkraf. 

Doa Cinta Hersalina - Amer Mukhlis


Silalah cuci mata, kebanyakkan gambar ni aku rompak di FB Buku Prima. Hehe!






Ini untuk novel sepanjang tahun 2012, Buku Prima




Ini masa Jualan Buku Karangkraf. Aku datang bertugas hari sabtu petang, 2-5 petang dengan  novelis lain. Antara yang datang, ada masa tu ialah, Kak Rosa Nur Imani, Kak Izza Arippin, Kak Immaz Huda, Kak Herna Diana dan Kak Erin Zehana. Memang seronok!



Aku dengan Kak Rosa Nur Imani saja penulis di bawah publisher Buku Prima. Novelis lain dari  Alaf 21.


Ini pertama kali masuk surat khabar Sinar Harian, ruangan Gemilang Penulis. Hehe! Malu sekejap, rasa nak sorok muka di belakang dinding aje! Bak kata akak yang temuramah tu, rezeki dik! 







Itu antara detik yang terindah, tapi sebenarnya banyak lagi. Sebab aku malas aku update sikit ajelah!

Dah 2013 Dah



Sedikit lembap aku nak update entri untuk menerjah ke tahun 2013 yang masih menjejakkan kakinya di hari kedua januari. Dan sebetulnya, aku memang lembap sebenarnya. Malas memang satu hal, membelasah manuskrip pun satu hal lagi. sibuk dengan belajar dan sebagainya. Orang malas memang suka bagi banyak alasan, kan? Haha!

Apa yang aku nak bebel ni, jadi setiap hari tu penuh dengan azam baru. Tekadkan azam supaya menjadi realiti dan bukannya pandai bercakap je. Yes! Orang memang suka cakap, kalau nak buat tu yang susahnya. Jadi aku nak cubal elakkan hal yang tu. Jadi orang yang pandai bercakap dan pandai buat. Kalau tak pandai buat, lebih baik tak payah nak cakap. 

Banyak juga azam tahun baru aku untuk 2013 ini. Target aku nak siapkan 2 manuskrip lagi disamping belajar bersungguh-sungguh. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah amat! Belajar, mana yang mudah, yang susah itulah yang kena belajarnya. Inysa-Allah, cuba tabahkan diri dan yakin diri serta sedar diri. 

Tahun baru ini aku nak sentiasa bersangka baik dan positifkan diri. Tak kira apa yang aku lakukan dan apa yang bakal aku terima. Tahun lepas memang tahun perit aku, walaupun banyak kenangan dan impian aku yang terlaksana. Misalnya, mauskrip aku dicetak ke vesi novel tu adalah salah satu impian aku. Impian yang berjaya nak buktikan kepada orang-orang tertentu.

Belajar kenal kawan dengan sahabat. Sahabat yang boleh bantu aku masa susah dan kawan yang ada masa aku senang je. Semuanya banyak beri pengajaran. Namun untuk rasa pasrah tu memang mampu, tak pula untuk mengaku kalah! Jangan sekali!

Tahun lepas banyak menyaksikan aku seorang yang obses dengan penulisan. Sampai di tahap yang langsung tak relevan, di mana aku sanggup menaip kisah imaginasi dari buat assignment. Masa tu memang aku dah merasakan yang aku kurang betulnya di situ. Menulis ni dah jadi kebahagiaan buat aku, walaupun aku masih belajar, kalau sedih aku akan jadikan penulisan untuk aku meluahkan perasaan.


SELAMAT MENANAM AZAM DAN TEKAD SETIAP HARI!

p/s; Wah Amer, kau bercakap macam dah nak tulis wasiat terakhir je! Haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...