Saturday, October 27, 2012

Qurban dan Korban


Entri kali ni aku nak bercerita tentang nenek aku. Semalam, pada hari raya qurban aku sampai di Kangar nak jumpa nenek yang tak balik ke Rantau, Negeri Sembilan. Kata nenek, sodeh jugak sebab tak balik. Yelah, kalau balik apa yang ada kat sana. Bukannya ada orang nak datang. Balik-balik muka sama dengan skala badan yang sama (Haha).

Dah lama jugaklah aku tak jumpa nenek. Hari raya Aidlfitri hari tu mana ada balik. Kerja kat I-city. Dah orang yang datang I-city ni jugak memang harem. Malam raya pertama pun nak datang sana. Aku tumpang kesian kat dierang sebab malam raya sepatutnya lepak dengan sanak-saudara.

Nenek bagitahu aku, dia siap mimpi bakar lemang lagi. Amboi nenek, kemain mimpi tu! Siap cerita kat aku, anak ketiga dia kalau sehari sebelum raya memang dah balik. Selalunya Pak Lang memang rajin bakar lomang. Kalau aku nak bakar memang tak sebab sayang kat lemak aku takut cair. So, aku bakar lomang dari jauh.

Tengok nenek aku yang berkerut hampir 24 jam memang sedih. Macam tulah hidupnya. Kitarannya. Bila dah takda kedua belah kaki, apa yang boleh buat dari seorang tua. Aku dah tengok macam mana dia dah putus asa dengan hidup dia bila kedua belah kaki takda. Menyalahkan diri sendiri sebab menyusahkan orang lain.

Telinga aku dah lali dengar nenek aku mintak nyawa dia dicabut pergi aku menasihatkan dia mengucap banyak kali. Dia mintak anak-anak ‘yang lain’ ambik sakit dia sorang sikit. Rasa apa yang dia rasa. Rasa apa yang dia sakit. Sampai tengah malam. Sampai tengah pagi. sampai hari-hari. 

Untuk raya Qurban ni, jumpa nenek macam mengimbau kenangan kembali. Dia tak pernah penat bercerita tentang sesetengah ‘anak’ yang jarang kunjung tiba.  Nak je aku cakap kat nenek, ‘forget and forgive’ tapi tu memang susah. Nak forgive boleh tapi foget tak. Betul kata orang tua. Emak nak jaga anak yang bersusun paku (anak ramai/ anak berderet) memang boleh. Tapi kalau seorang anak nak jaga emak/ayah memang susah. Aku harap untuk raya Qurban ni ‘anak-anak’ korbankanlah ego yang menjahanamkan diri sendiri.

Ego kau menjahamkan diri kau sendiri. Ego kau tak nak jumpa mak  sendiri. Ego kau menjatuhkan hukum pada mak yang memang tak salah. Ego kau sebab mak menitis air mata. Dan air mata seret rakus kau ke neraka sebab kau buatkan mak kau menangis.

Aku ingat sampai mati benda ni :

 REDHA ALLAH LETAK PADA REDHA EMAK. KALAU EMAK REDHA ALLAH JUA REDHA 





Lawa pulak posing nenek aku dah macam Nigeria Next Top Model pulak! Hehe. 

Wednesday, October 24, 2012

Catatan : 23 Sept. 2012 , 01.20 a.m.



 Dia senyap . 
Dia lenyap . 
Di mata aku .                             
                        Tidak di hati dan juga rasa . 
Telah lama dia senyap. 
Ego? Mengapa terlalu? 
Aku minta maaf kalau buat banyak silap. 
Tapi, sebagai sahabat , ketahuilah manusia mana 
yang tak merindui sahabatnya yang lain. 
Kalau bertelefon, maki-maki memang tak dapat nak elak. 
Dah sebati. Kalau ada masalah saya bagitahu dia. 
selalu juga dia tawar penyelesaian, tapi juga saya malu kadang-kadang. 
Iyalah, sampai bila kita nak bergantung harap dengan yang lain. 
Orang kata ; tanam budi ingat sampai ke mati. 
Tapi kata saya ; tanam budi saya bawak sampai ke akhirat nanti. 
Dah lama sangat tak bersapa suara. 
Rindu dia sangat. 
Cakap-cakap, tekap telefon di telinga sampai merah. 
Mengalahkan kekasih pula. 
Bukannya apa, kalau dah cakap mesti tak ingat dunia. 
Dia , saya nak minta maaf. 
Kot-kot ada salah cakap  sampai sentap. 
Kot-kot ada terasa sampai terluka rasa. 
Kot-kot sakit hati sampai berhari-hari.      
Kot-kot tingkah kasar sampai tersasar. 
Bukannya apa , sebagai manusia biasa , nak lari dari kesilapan memang tak dapat elak. Kadang-kadang pun macam itu.
Buat balik ulang balik. Sebati mungkin.                                                                                                                

Aku rindu dia pada lewat kenangan lalu.





Maafkanlah andainya aku
 Aku selalu mengingatkan diri aku,
supaya tidak menjadi orang lain yang lebih suka berpura-pura. 
Mungkin dalam menyantun hidupku sehari-hari, 
ada yang terasa dengan patah bicaraku. 
Mungkin terkilan dengan kasar gurauanku 
ataupun terpendam rasa dengan tingkahku. 
Sungguh aku anya mampu menjadi diri aku 
dan jangan memaksa aku untuk menjadi yang lain.
Aku adalah manusia yang punya banyak kelemahan. 
Mungkin lebih kelemahan dari kamu, kamu dan kamu? 
Ya? Siapa yang tahu bukan? 
Kerana itu aku mahu menjadi aku dan aku seadanya aku. 
Ya mungkin dalam membawakan laku masing-masing menjalani hidup yang semakin tinggi pendakiannya ini mungkin dalam sengaja 
atau tidak kita pasti akan menyinggung perasaan orang itu. 
Itu adalah hakikat yang perlu aku akui.Kita hanya manusia biasa yang sentiasa jatuh dalam lecak khilaf 
dan paya dosa yang tanpa kita sendiri sedari. 
Setiap manusia itu semuanya sama di mata Tuhan dan yang membezakan kita ialah iman dan amal yang kita kerjakan. 
Ketahuilah setiap manusia itu tiada  tidak pernah dari melakukan 

kesalahan.  

Thursday, April 26, 2012

manuskrip yang insomnia



Bismillah...  semenjak dua ini, hal inilah terjadi kepadaku. payah nak tidur. dan kalau tidur pun memang tidur-tidur ayamlah jawabnya.


kisahnya mungkin bermula yang aku ni berkobar-kobar nak berjaga sampai ke subuh semata-mata hendak melunasi segera manuskrip yang tertangguh.  * aku memang dah gila *  tapi faham-faham ajelah bila dah balik ke Taiping masa cuti semester ni , memang malaslah aku jawabnya. Nak-nak rumah dah berinternet, memang taklah jawapannya aku nak menumpukan fokus pada kerja yang sedia terbengkalai. * godaan SYAITAN sungguh! *

Leka punya leka, dah ke subuh. Bila nak tidur tak mengantuk. tapi mata rasa pedih-pedih jugak. Sampailah ke pagi pun tak mahu lelap. * mak aku dah puas maki aku degil nak sangat jadi burung hantu * lepas itu *  ADALAH SANGAT PERUBAHAN KEPADA MANUSKRIP * yang aku sentuh sekali lalu. Adalah peningakatan sebanyak LIMA PERENGGAN bertambah.  * memalukan! * dan aku menyumpah diri sendiri. aku berjaga sepanjang malam, bagai nak rak hanya untuk 5perenggan saja? * ngok ! * lebih baik aku tidur buat taik mata lagi bagus ! paling kurang mata aku ni sihat.

Mandi, buat kerja apa-apa selepas itu melanguk tengok TV. kalau rajin aku akan online lagi tanpa memikirkan MSS aku memanggil-manggil menerusi mindaku. * aku juga memang dah psiko * dan selepas beberapa saluran TV menayangkan lebih banyak cerita yang membosankan * juga membangangkan* aku jadi termotivasi. Dari duduk tengok cerita yang entah apa-apa lebih baik aku buat sesuatu tertangguh dan MSS itulah aku kerjakan selepas itu.

cerpen banyak tertangguh... MSS lagi. * susah nak mengenali realiti yang sebenar - Haha ! * tapi sejujurnya MSS aku tak ke mana , banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Kalau tak cuti semester memang aku tak baliklah. Jadi, entah bila lagi aku dapat lepak-ing dengan keluarga aku. * anak yang tak seberapa nak mithali * aku sayangkan mereka, dan lepas buka semester ni banyak hal yang aku kena rancang balik. pengajian , penulisan dan mahu mencari kerja baru. * 3 in 1 , sumpah aku nazak lepas ni *

Dalam sakit dan tak sihat, aku gagahkan juga semua ini. Aku percaya rezeki yang Allah bagi pasti akan ada pada manusia yang berusaha. Sampai bila nak berharap dengan orang tua * tak selamanya * menangis macam Neng Yatimah pernah aku buat, mengeluh bagai dan tidak berpuas hati. bila difikirkan balik, ada hikmahnya semya itu. Allah yang nak bagi aku sesuatu yang aku tak nampak selama ini. yang aku lupa. yang aku abaikan. 

Jangan mengalah pada rintangan yang sikit. * kalau zaman Rasulullah lagi hebat dugaannya * teruskan berjalan tanpa henti dan sesekali toleh ke belakang lihat dari mana asal kau datang dan berdoa yang baik-baik saja. * dah macam lirik lagu dah! * Wasalam...

"... dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.''






bersyukur untuk menyayangi



Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
Bersyukurlah dengan apa yang kita tak punya

 Allah menyayangi kita sebenarnya, tanpa kita tahu.
Tetapi, kita tak menyayangi Allah sebanyak mana Allah menyayangi kita.



Friday, April 20, 2012

Untuk Seketika yang Menyeksakan . . .


Manusia tidak menyedari yang teradang dirinya bodoh dan riak bila senang dan menyesali bila merasa ia senang untuk seketika. Aku terngadah, akulah manusia yang aku sendiri perkatakan itu. Bila semuanya melambak di hadpaan mata, barulah aku sedar ia sepatutnya aku mesti bersyukur dengan apa yang aku ada dan punya.

Jangan mengharapkan lebih dari kemampuan dan jangan tidak bersyukur dengan apa dimiliki. Terkadang, bila aku merasa susah, aku sendiri lelah. Memikirkan ia yang tiada penghujungnya. Dan garis hujungnya memberitahu, aku seharusnya bertabah dengan semua ini. Aku harus positif dengan semua ini. Aku mensyukuri aku adalah insan yang bertuah yang dipilih-Nya untuk melaluinya.

Perit, tetapi banyak menyedarkan bukan?

Kalau meluahkan pada manusia tidak memberikan kepuashatian, aku meluahkan pula di Microsoft Word. Terkadang, nampak macam tiada apa-apa, namun bagi aku ia amat berkesan sekali. Dan bila aku membacanya kembali, ia bagai mentazkirahkan aku akan apa yang aku alami dan tidak mudah berputus asa.

Ya, bukan mudah hendak menjadi pelajar. Bila mana aku sendiri juga seorang penulis, yang wajib memberi komitmen dengan apa yang aku minat, bertanggungjawab dengan rasaku, bertanggungjawab dengan cerita imaginasiku, bertanggungjawab dengan kisah di sekelilingku. Juga manusia sekeliling yang berharap dengan kisah imaginasi berbaur realiti terkadang mengandungi banyak cela dari baiknya.

Ya, bukan mudah menjadi seorang pelajar dan penulis, bila mana aku juga adalah seorang pekerja yang bekerja untuk menampung kos hidup seharian. Yang member komitmen dengan pekerjaan dan majikannya. mana semua yang diperlukan bagaikan tidak cukup, aku harus berusaha sendiri untuk mendapatkannya.

Untuk seketika aku terseksa sebenarnya, namun aku bahagia. Bahagia kerana terpilih melaluinya, bacalah apa yang aku tulis, semuanya terkandung positif untuk menyedapkan hati sendiri dan memberi galakan kepada diri. Luahan ini adalah luaha untuk manusia yang mudah putus asa seperti aku, namun tulisan pengluahan hatinya ini member input semangat kepadanya kembali agar meneruskan apa yang sudah tertulis dan telah di lorongkan kepadanya.

Dalam hidup, dalam harta pinjaman yang semua adalah milik-Nya, aku tidak berhak memilih. Namun aku dipilih untuk melaluinya. Seharusnya, beruntunglah aku menjadi insan yang terpilih oleh-Nya. Kan?

Mesyuarat Rumah

Semalam baru saja habis mesyuarat rumah. Aku suka sebab semua orang ada. Tapi apa yang aku nak perkatakan di sini ialah apa permasalahan yang bersenggayut di hati masing-masing. Sudah semestinya aku dan ahli rumah yang lain akan merasakan hal yang sama. Maksudnya, kami sendiri ada masalah dan mesti juga ada yang tak puas hati dengan orang lain.

Aku sejujurnya ada masalah dengan mereka dan aku dah bagitahu semalam apa yang aku tak puas hati. Tapi bukan itu yang aku nak cakapkan. Yang aku nak cakapkan ialah aku sayangkan mereka bagaikan adik-beradik aku sendiri. Duduk jauh dari keluarga, tiada siapa yang aku boleh bergantung harap-harap lebih-lebih melainkan pada rakan-rakan serumah sendiri.

Dia orang ini kadang-kadang buat lawak menyakitkan hati, kadang bergurau tak kena tempat dan kadang-kadang manja tak kena waktu. Entahlah, jauh dari keluarga membuatkan aku menyayangi mereka lebih dari seorang kawan, sepeti keluarga. Aku bagai dah meletakkan kepercayaan aku pada mereka.

Aku sedih kot semalam, tak pernah-pernah aku menangis depan mereka, tanpa dapat ditahan-tahan aku ter-menangis depan mereka. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menangis depan meraka sebab aku tak rancang pun nak menangis. Mungkin hal berbangkit mengenai aku suka masak masakan yang glemer, membuatkan aku terfikir dan memberitahu apa yang aku rasakan mengenai masakan glemer.

Aku memang suka masak masakan gelemer. Nak-nak kalau hari itu memang hari jadi aku. Wah ! dah nak touching pulak aku lepas ni. Hendak dijadikan cerita, birthday aku jatuh pada hari sabtu, aku kat rumah. Ada yang balik dan ada yang tak balik. Jadi, engkau boleh membayangkan apa yang aku rasa, birthday, duduk rumah, jauh dari keluarga yang nak raikan birthday kau, even makan sama-sama sekalipun.

Jadi, sedikit pedih dalam hati aku gagahkan juga sebab waktu itu aku memang takkan cembeng pun. Mungkin masakan glemer yang dimaksudkan ialah, birthday aku , aku beli barang-barang sendiri untuk raikan birthday aku. Akau masak sendiri dan aku makan dengan rakan-rakan rumah yang lain. Aku enjoy waktu itu tapi dalam hati ada kekosongan. Macam ada yang tak cukup. Tapi sebenarnya di depan mereka semua aku cuba untuk kuatkan diri aku. Yelah, kena faham juga yang aku ni belajar lagi, kiranya jauh dari keluarga.

Tapi apa pun yang aku nak cakap, macam mana pun mereka, aku tetap sayangkan mereka macam adik-beradik aku sendiri. Tak kisahlah mereka macam mana atau seburuk mana pun mereka, aku hanya berkawan kerana mereka adalah mereka dan bukannya mereka adalah dosa-dosa atau kejahatannya. Tak semua manusia sempurna. Kita semua bukannya malaikat.

Ketahuilah, mengenal mereka ini memang best, belajar dan memahami kehidupan seseorang, kalau aku susah ada orang yang lagi susah dari aku. Aku berbangga dapat berkawan dengan mereka dan mengenali mereka. Semoga kami semua dapat keep in touch walaupun masing-masing dah habis belajar dan tak duduk serumah lagi. Aku memang sayang mereka macam adik-beradik aku sendiri. Kalau dah bergaduh dan bertekak memang dah perkara biasa dah . . . lepas tu baik balik. Sedeh je!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...