Thursday, April 26, 2012

manuskrip yang insomnia



Bismillah...  semenjak dua ini, hal inilah terjadi kepadaku. payah nak tidur. dan kalau tidur pun memang tidur-tidur ayamlah jawabnya.


kisahnya mungkin bermula yang aku ni berkobar-kobar nak berjaga sampai ke subuh semata-mata hendak melunasi segera manuskrip yang tertangguh.  * aku memang dah gila *  tapi faham-faham ajelah bila dah balik ke Taiping masa cuti semester ni , memang malaslah aku jawabnya. Nak-nak rumah dah berinternet, memang taklah jawapannya aku nak menumpukan fokus pada kerja yang sedia terbengkalai. * godaan SYAITAN sungguh! *

Leka punya leka, dah ke subuh. Bila nak tidur tak mengantuk. tapi mata rasa pedih-pedih jugak. Sampailah ke pagi pun tak mahu lelap. * mak aku dah puas maki aku degil nak sangat jadi burung hantu * lepas itu *  ADALAH SANGAT PERUBAHAN KEPADA MANUSKRIP * yang aku sentuh sekali lalu. Adalah peningakatan sebanyak LIMA PERENGGAN bertambah.  * memalukan! * dan aku menyumpah diri sendiri. aku berjaga sepanjang malam, bagai nak rak hanya untuk 5perenggan saja? * ngok ! * lebih baik aku tidur buat taik mata lagi bagus ! paling kurang mata aku ni sihat.

Mandi, buat kerja apa-apa selepas itu melanguk tengok TV. kalau rajin aku akan online lagi tanpa memikirkan MSS aku memanggil-manggil menerusi mindaku. * aku juga memang dah psiko * dan selepas beberapa saluran TV menayangkan lebih banyak cerita yang membosankan * juga membangangkan* aku jadi termotivasi. Dari duduk tengok cerita yang entah apa-apa lebih baik aku buat sesuatu tertangguh dan MSS itulah aku kerjakan selepas itu.

cerpen banyak tertangguh... MSS lagi. * susah nak mengenali realiti yang sebenar - Haha ! * tapi sejujurnya MSS aku tak ke mana , banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Kalau tak cuti semester memang aku tak baliklah. Jadi, entah bila lagi aku dapat lepak-ing dengan keluarga aku. * anak yang tak seberapa nak mithali * aku sayangkan mereka, dan lepas buka semester ni banyak hal yang aku kena rancang balik. pengajian , penulisan dan mahu mencari kerja baru. * 3 in 1 , sumpah aku nazak lepas ni *

Dalam sakit dan tak sihat, aku gagahkan juga semua ini. Aku percaya rezeki yang Allah bagi pasti akan ada pada manusia yang berusaha. Sampai bila nak berharap dengan orang tua * tak selamanya * menangis macam Neng Yatimah pernah aku buat, mengeluh bagai dan tidak berpuas hati. bila difikirkan balik, ada hikmahnya semya itu. Allah yang nak bagi aku sesuatu yang aku tak nampak selama ini. yang aku lupa. yang aku abaikan. 

Jangan mengalah pada rintangan yang sikit. * kalau zaman Rasulullah lagi hebat dugaannya * teruskan berjalan tanpa henti dan sesekali toleh ke belakang lihat dari mana asal kau datang dan berdoa yang baik-baik saja. * dah macam lirik lagu dah! * Wasalam...

"... dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.''






bersyukur untuk menyayangi



Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
Bersyukurlah dengan apa yang kita tak punya

 Allah menyayangi kita sebenarnya, tanpa kita tahu.
Tetapi, kita tak menyayangi Allah sebanyak mana Allah menyayangi kita.



Friday, April 20, 2012

Untuk Seketika yang Menyeksakan . . .


Manusia tidak menyedari yang teradang dirinya bodoh dan riak bila senang dan menyesali bila merasa ia senang untuk seketika. Aku terngadah, akulah manusia yang aku sendiri perkatakan itu. Bila semuanya melambak di hadpaan mata, barulah aku sedar ia sepatutnya aku mesti bersyukur dengan apa yang aku ada dan punya.

Jangan mengharapkan lebih dari kemampuan dan jangan tidak bersyukur dengan apa dimiliki. Terkadang, bila aku merasa susah, aku sendiri lelah. Memikirkan ia yang tiada penghujungnya. Dan garis hujungnya memberitahu, aku seharusnya bertabah dengan semua ini. Aku harus positif dengan semua ini. Aku mensyukuri aku adalah insan yang bertuah yang dipilih-Nya untuk melaluinya.

Perit, tetapi banyak menyedarkan bukan?

Kalau meluahkan pada manusia tidak memberikan kepuashatian, aku meluahkan pula di Microsoft Word. Terkadang, nampak macam tiada apa-apa, namun bagi aku ia amat berkesan sekali. Dan bila aku membacanya kembali, ia bagai mentazkirahkan aku akan apa yang aku alami dan tidak mudah berputus asa.

Ya, bukan mudah hendak menjadi pelajar. Bila mana aku sendiri juga seorang penulis, yang wajib memberi komitmen dengan apa yang aku minat, bertanggungjawab dengan rasaku, bertanggungjawab dengan cerita imaginasiku, bertanggungjawab dengan kisah di sekelilingku. Juga manusia sekeliling yang berharap dengan kisah imaginasi berbaur realiti terkadang mengandungi banyak cela dari baiknya.

Ya, bukan mudah menjadi seorang pelajar dan penulis, bila mana aku juga adalah seorang pekerja yang bekerja untuk menampung kos hidup seharian. Yang member komitmen dengan pekerjaan dan majikannya. mana semua yang diperlukan bagaikan tidak cukup, aku harus berusaha sendiri untuk mendapatkannya.

Untuk seketika aku terseksa sebenarnya, namun aku bahagia. Bahagia kerana terpilih melaluinya, bacalah apa yang aku tulis, semuanya terkandung positif untuk menyedapkan hati sendiri dan memberi galakan kepada diri. Luahan ini adalah luaha untuk manusia yang mudah putus asa seperti aku, namun tulisan pengluahan hatinya ini member input semangat kepadanya kembali agar meneruskan apa yang sudah tertulis dan telah di lorongkan kepadanya.

Dalam hidup, dalam harta pinjaman yang semua adalah milik-Nya, aku tidak berhak memilih. Namun aku dipilih untuk melaluinya. Seharusnya, beruntunglah aku menjadi insan yang terpilih oleh-Nya. Kan?

Mesyuarat Rumah

Semalam baru saja habis mesyuarat rumah. Aku suka sebab semua orang ada. Tapi apa yang aku nak perkatakan di sini ialah apa permasalahan yang bersenggayut di hati masing-masing. Sudah semestinya aku dan ahli rumah yang lain akan merasakan hal yang sama. Maksudnya, kami sendiri ada masalah dan mesti juga ada yang tak puas hati dengan orang lain.

Aku sejujurnya ada masalah dengan mereka dan aku dah bagitahu semalam apa yang aku tak puas hati. Tapi bukan itu yang aku nak cakapkan. Yang aku nak cakapkan ialah aku sayangkan mereka bagaikan adik-beradik aku sendiri. Duduk jauh dari keluarga, tiada siapa yang aku boleh bergantung harap-harap lebih-lebih melainkan pada rakan-rakan serumah sendiri.

Dia orang ini kadang-kadang buat lawak menyakitkan hati, kadang bergurau tak kena tempat dan kadang-kadang manja tak kena waktu. Entahlah, jauh dari keluarga membuatkan aku menyayangi mereka lebih dari seorang kawan, sepeti keluarga. Aku bagai dah meletakkan kepercayaan aku pada mereka.

Aku sedih kot semalam, tak pernah-pernah aku menangis depan mereka, tanpa dapat ditahan-tahan aku ter-menangis depan mereka. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menangis depan meraka sebab aku tak rancang pun nak menangis. Mungkin hal berbangkit mengenai aku suka masak masakan yang glemer, membuatkan aku terfikir dan memberitahu apa yang aku rasakan mengenai masakan glemer.

Aku memang suka masak masakan gelemer. Nak-nak kalau hari itu memang hari jadi aku. Wah ! dah nak touching pulak aku lepas ni. Hendak dijadikan cerita, birthday aku jatuh pada hari sabtu, aku kat rumah. Ada yang balik dan ada yang tak balik. Jadi, engkau boleh membayangkan apa yang aku rasa, birthday, duduk rumah, jauh dari keluarga yang nak raikan birthday kau, even makan sama-sama sekalipun.

Jadi, sedikit pedih dalam hati aku gagahkan juga sebab waktu itu aku memang takkan cembeng pun. Mungkin masakan glemer yang dimaksudkan ialah, birthday aku , aku beli barang-barang sendiri untuk raikan birthday aku. Akau masak sendiri dan aku makan dengan rakan-rakan rumah yang lain. Aku enjoy waktu itu tapi dalam hati ada kekosongan. Macam ada yang tak cukup. Tapi sebenarnya di depan mereka semua aku cuba untuk kuatkan diri aku. Yelah, kena faham juga yang aku ni belajar lagi, kiranya jauh dari keluarga.

Tapi apa pun yang aku nak cakap, macam mana pun mereka, aku tetap sayangkan mereka macam adik-beradik aku sendiri. Tak kisahlah mereka macam mana atau seburuk mana pun mereka, aku hanya berkawan kerana mereka adalah mereka dan bukannya mereka adalah dosa-dosa atau kejahatannya. Tak semua manusia sempurna. Kita semua bukannya malaikat.

Ketahuilah, mengenal mereka ini memang best, belajar dan memahami kehidupan seseorang, kalau aku susah ada orang yang lagi susah dari aku. Aku berbangga dapat berkawan dengan mereka dan mengenali mereka. Semoga kami semua dapat keep in touch walaupun masing-masing dah habis belajar dan tak duduk serumah lagi. Aku memang sayang mereka macam adik-beradik aku sendiri. Kalau dah bergaduh dan bertekak memang dah perkara biasa dah . . . lepas tu baik balik. Sedeh je!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...