Hari ini bukan hari yang mudah. Terkadang parah yang
melewati hati nan kering. Saat memandang seorang ibu India yang hidup di
sekitar pusat komersil Shah Alam, sudah bisa membuatkan hati aku tergundah
gulana.
Ibu, wanita yang martabatnya paling diangkat tinggi
dalam masyarakat, agama ataupun negara hidup tanpa tentu arah yang pasti dan
hanya bergerak mengikut kata hati sendiri. Saat bebeapa hari lepas aku
terpandang, lantas bibir teralun sepi. Terkesima barangkali. Mulut mudah
mengungkapkan namun hati sendiri belum pasti.
Hari pertama memandangnya buat pertama kali aku jadi
kelu sendiri. Mungkin saja dia sedang menunggu seseorang untuk menjemputnya
kembali ke sisi kembali. Sedih menimpa hati saat ibu itu tertidur hanya di
kerusi di KFC 24 jam di seksyen 7.
Cuba untuk hati menanam positif, namun semakin masa
beranjak aku sendiri menebak hatiku dengan menyatakan kepada rakan yang sewaktu
itu lepak bersama bahawa dia adalam gelandangan. Ibu yang ditinggalkan oleh
anak. Mungkin ibu yang ditinggalkan oleh keluarga sendiri.
Jam ketika itu beranjak ke jam 3 pagi. Sah! Dia
memang ibu yang diinggalkan. Sukar untuk hati menyatakan namun itulah
kenyataannya. Tidur di kerusi di KFC wktu itu bukan mudah. Sejuknya sehingga
mencucuk ke tulang hitam. Perasan juga aku yang ibu itu kerap terjaga dan
menggosok anggota badannya yang kesejukan.
Berkali-kali ibu itu meminta pekerja KFC untuk
mematikan kipas yang ligat berputar. Namun, hati melafaz syukur saat pekerja
tersebut hanya melayan sahaja. Mengikut apa yang ibu itu katakan. Pelanggan
yang tidak ramai, jadi jangan membazir elektrik kalau tiada orang yang datang
berjamu di situ.
Ibu itu kerap terjaga. Aku melihat kakinya yang
seakan membengkak. Mungkin penyakit yang orang gelarkan kaki gajah. Kerap kali
aku melihat dia masuk KFC dan bercakap dengan pekerja di kaunter, entah untuk
meminta apa. Aku hanya memandang, membiarkan saja.
Menjelang subuh aku lepak, ibu itu masih lagi di
situ. Tidak ke mana- mana.
Kalau ke mana-mana pun hanya untuk ke tong sampah,
membuang ludah yang berkeladak dalam mulut. Ibu itu masuk ke dalam semula, dan
membawa keluar semangkuk sup dan bubur. Itu set breakfast KFC. Aku hanya
berfikiran positif yang pekerja KFC itu bermurah hati tanpa mengenakan sesen
pun.
Selepas kelas pagi itu, dengan rakan yang berlainan
kami pulang ke rumah. Sekali lagi aku nampak ibu itu sedang makan di kedai
mamak pula. Lalu, aku ceritakan kepada rakan aku ketika itu peristiwa yang aku
lalui tadi.
Jam 1.30 pagi, dan sekali lagi aku ke KFC, aku
terjumpa dengan ibu India itu pada hari lainnya. Masih dengan berpakaian sama, dan menggeondong
beg palstik kecil. Barangkali hanya terisi dengan dokumen penting ibu itu. Ibu
itu tetap di situ dan masih di situ.
Aku memandang ibu itu, saat itu fikiranku terus
mengingati ibu dan ayahku. Hati aku sedih. Ada pilu yang terbalut kemas saat
mengenangkan anak-anaknya yang tegar sekali memperlakukan ibu seperti itu.
Kalau anak-anak yang tergamak menghantar ibu ke rumah orang tua pun sudah cukup
membuatkan hati aku pedih. Apatah lagi anak-anak yang hanya meninggalkan ibunya
begitu sahaja, tanpa sedikit pun perlindungan.
Kepada sahabat aku, aku meluahkan apa yang aku rasa.
Dia juga berperasaan sama seperti aku. Meskipun perangai aku gila, tak betul,
mulut seringkali puaka, kalau melibatkan ibu atau ayah sendiri, itulah aku.
Hati aku jadi cepat cair. Aku tak boleh melihat keadaan yang sebegitu.
Ibu yang
melahirkan anak dengan seluruh kudrat dan nyawanya sudahnya dicampakkan begitu
saja. Seperti sampah? Campak ibu macam sampah ke mana sahaja tanpa memerlukan
kudrat yang bukan seluruhnya? Oh, Allah.
Ingin sekali aku bertanya kepada ibu India itu, apa
yang ibu harapkan di dunia ini selepas diperlakukan sebegini. Aku jadi takut
kalau aku bertanya soalan itu. Aku takut aku tak boleh menerima kenyataan
hatinya yang sebenarnya. Mungkin saja ibu itu akan jawab begini :
“Saya tak mahu apa-apa dalam dunia ini. Cuma
permudahkanlah jalan anak-anak saya. Bahagiakanlah mereka di dunia ini. hanya
itu harapan saya.”
Aku jadi takut lantas gerun mendengarkan itu.
Barangkali. Ibu, kalau harta sebesar dunia ini bukanlah tandingannya.
Tak
terbalaskan.
Tak terjangkakan.
Assalam..
ReplyDeleteawat tak letak ruang follower? senang nk follow molow...
Rasanya blog lama akak ada follow Amer.
Meh le kita tukar link...akak letak link Amer dlm blog akak n Amer ltk link akak dlm blog Amer.. okey tak?