Thursday, March 14, 2013

Mendepani hari yang bukan mudah . . .



     Hari ini bukan hari yang mudah. Terkadang parah yang melewati hati nan kering. Saat memandang seorang ibu India yang hidup di sekitar pusat komersil Shah Alam, sudah bisa membuatkan hati aku tergundah gulana.

     Ibu, wanita yang martabatnya paling diangkat tinggi dalam masyarakat, agama ataupun negara hidup tanpa tentu arah yang pasti dan hanya bergerak mengikut kata hati sendiri. Saat bebeapa hari lepas aku terpandang, lantas bibir teralun sepi. Terkesima barangkali. Mulut mudah mengungkapkan namun hati sendiri belum pasti.

     Hari pertama memandangnya buat pertama kali aku jadi kelu sendiri. Mungkin saja dia sedang menunggu seseorang untuk menjemputnya kembali ke sisi kembali. Sedih menimpa hati saat ibu itu tertidur hanya di kerusi di KFC 24 jam di seksyen 7.

     Cuba untuk hati menanam positif, namun semakin masa beranjak aku sendiri menebak hatiku dengan menyatakan kepada rakan yang sewaktu itu lepak bersama bahawa dia adalam gelandangan. Ibu yang ditinggalkan oleh anak. Mungkin ibu yang ditinggalkan oleh keluarga sendiri.

     Jam ketika itu beranjak ke jam 3 pagi. Sah! Dia memang ibu yang diinggalkan. Sukar untuk hati menyatakan namun itulah kenyataannya. Tidur di kerusi di KFC wktu itu bukan mudah. Sejuknya sehingga mencucuk ke tulang hitam. Perasan juga aku yang ibu itu kerap terjaga dan menggosok anggota badannya yang kesejukan.

     Berkali-kali ibu itu meminta pekerja KFC untuk mematikan kipas yang ligat berputar. Namun, hati melafaz syukur saat pekerja tersebut hanya melayan sahaja. Mengikut apa yang ibu itu katakan. Pelanggan yang tidak ramai, jadi jangan membazir elektrik kalau tiada orang yang datang berjamu di situ.

     Ibu itu kerap terjaga. Aku melihat kakinya yang seakan membengkak. Mungkin penyakit yang orang gelarkan kaki gajah. Kerap kali aku melihat dia masuk KFC dan bercakap dengan pekerja di kaunter, entah untuk meminta apa. Aku hanya memandang, membiarkan saja.
Menjelang subuh aku lepak, ibu itu masih lagi di situ. Tidak ke mana- mana. 

     Kalau ke mana-mana pun hanya untuk ke tong sampah, membuang ludah yang berkeladak dalam mulut. Ibu itu masuk ke dalam semula, dan membawa keluar semangkuk sup dan bubur. Itu set breakfast KFC. Aku hanya berfikiran positif yang pekerja KFC itu bermurah hati tanpa mengenakan sesen pun.

    Selepas kelas pagi itu, dengan rakan yang berlainan kami pulang ke rumah. Sekali lagi aku nampak ibu itu sedang makan di kedai mamak pula. Lalu, aku ceritakan kepada rakan aku ketika itu peristiwa yang aku lalui tadi.

     Jam 1.30 pagi, dan sekali lagi aku ke KFC, aku terjumpa dengan ibu India itu pada hari lainnya. Masih dengan berpakaian sama, dan menggeondong beg palstik kecil. Barangkali hanya terisi dengan dokumen penting ibu itu. Ibu itu tetap di situ dan masih di situ.

     Aku memandang ibu itu, saat itu fikiranku terus mengingati ibu dan ayahku. Hati aku sedih. Ada pilu yang terbalut kemas saat mengenangkan anak-anaknya yang tegar sekali memperlakukan ibu seperti itu. Kalau anak-anak yang tergamak menghantar ibu ke rumah orang tua pun sudah cukup membuatkan hati aku pedih. Apatah lagi anak-anak yang hanya meninggalkan ibunya begitu sahaja, tanpa sedikit pun perlindungan.

     Kepada sahabat aku, aku meluahkan apa yang aku rasa. Dia juga berperasaan sama seperti aku. Meskipun perangai aku gila, tak betul, mulut seringkali puaka, kalau melibatkan ibu atau ayah sendiri, itulah aku. Hati aku jadi cepat cair. Aku tak boleh melihat keadaan yang sebegitu. 

     Ibu yang melahirkan anak dengan seluruh kudrat dan nyawanya sudahnya dicampakkan begitu saja. Seperti sampah? Campak ibu macam sampah ke mana sahaja tanpa memerlukan kudrat yang bukan seluruhnya? Oh, Allah.

     Ingin sekali aku bertanya kepada ibu India itu, apa yang ibu harapkan di dunia ini selepas diperlakukan sebegini. Aku jadi takut kalau aku bertanya soalan itu. Aku takut aku tak boleh menerima kenyataan hatinya yang sebenarnya. Mungkin saja ibu itu akan jawab begini :

     “Saya tak mahu apa-apa dalam dunia ini. Cuma permudahkanlah jalan anak-anak saya. Bahagiakanlah mereka di dunia ini. hanya itu harapan saya.”

      Aku jadi takut lantas gerun mendengarkan itu. Barangkali. Ibu, kalau harta sebesar dunia ini bukanlah tandingannya. 
     
Tak terbalaskan. 
     
Tak terjangkakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...