Tuesday, October 18, 2011

Sajer!

assignment oh assignment!
meh sini...abang nak siapkan assignment dah ni.

banyaknya, berapa ya semuanya?
takpe, mari kita siapkannya juga ye!

kalau boleh dan sebenarnya wajib.
siapkan sebelum menjelang exam, ya!

good luck untuk semua yang sedang belajar, ya!

V^.^ V




Saturday, October 8, 2011

Ehemm!! Awak Suka Saya Tak ?

Bertemu sekali lagi di entry ini. Sebenarnya entry ini adalah untuk mempromosi novel pertama novelis, Kak Melur Jelita; Awak Suka Saya Tak? (Mestilah saya suka, sebab saya dah lama syiok gile kat awak-syok sendiri je ni! ) yang bakal berada di pasaran dalam masa terdekat ini.

Sedia maklum saya tahu memang ramai yang menantikan novel ni sebab cerita ni memang best dan saya adalah silent reader kat blog Kak Melur Jelita. Cumanya, Kak Melur tak kenal saya sebab saya jarang nak bagi komen dekat situ. Hahaha!

Adik yang meningkat remaja, kakak-kakak dan makcik-makcik yang dah excited dengan kemunculan Hilman Yong, Damien Yong dan Intan Zulaikha, harap anda dapat menyabarkan diri dan bersedia untuk menyerbu dan meng-order secara online bila buku ni sudah dipasarkan. Sebenarnya itu pesanan untuk diri sendiri juga.

Saya tahu ramai sangatlah yang suka Hilman Yong, Damien Yong dan Intan Zulaikha. Apa kata kita tengok sinopsisnya. Moga novel ini akan menarik hati anda untuk membelinya nanti.


Awak Suka Saya Tak?

Antara Hilman Yong dan Damien Yong siapakah yang bakal menjadi pilihan Intan Zulaikha? Walau siapapun dia, cintanya hanya untuk seorang yang bernama Intan Zulaikha.

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, lelaki kacukan-Korea-Amerika-Cina dengan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan mereka itulah mereka berjodoh.

Malangnya, akan sampaikah jodoh mereka apabila Hilman Yong yang baru sahaja memeluk Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Munculnya Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksi daring, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan Hilman seorang hamba Allah yang penuh kesopanan dan kesabaran.

Hilmanku...kekasihku...kembalilah...


Dalam imaginasi, ini adalah Hilman Yong. Kacak weh!



Dalam imaginasi, ini adalah Damien Yong. Gila kacak.



Dalam imaginasi, ini adalah Intan Zulaikha.


Jadi, kalau dah tak sabar-sabar nak dapatkan buku ni, tunggu sajalah buku ni di pasaran. Belilah seberapa banyak yang anda semua mahukan. Janji anda semua bahagia dan gembira dengan pengakhiran novel ini.

Psst! Kak Melur Jelita, cerita ni dah jadi novel dah, saya menanti entry seterusnya I Love You, Stupid! cepat-cepat masukkan ye kak. Dan cepat-cepat jadikannya novel.

Ekekekeke!








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...