Friday, November 25, 2011

Novelis Adra Adlina




Kupersembahkan Hati

sekilas pandang :



"Zahra Liyana telan air liur. Tekaknya terasa kelat. Aduhai makcik. Kita belum kenal pun. Macam manalah boleh sukakan saya? Hidup saya jauh berbeza dengan hidup anak makcik. Besar konfliknya makcik. Kami bercinta pun tak. Kahwin lagilah mustahil! Zahra Liyana bermonolog."
"Mengapa dia sering diuji begini? Hanya Allah yang tahu betapa sesak nafasnya bila melihat keadaan Zahra Liyana yang terbaring lesu. Serasa bagaikan hampir putus nyawa tatkala mengetahui Zahra Liyana berada dalam situasi genting seperti ini."

"Tuntutan situasi membuatkan Zahra Liyana terpaksa meleraikan segalanya. Keindahan berkasih dengan suami tersayang tidak lagi menjadi penyeri hidupnya selepas ini. Cinta yang terlalu dalam buat Adib Irfan perlu dipendam jauh ke lubuk hati. Zahra Liyana perlu menetapkan pendirian."

"Mungkin inilah yang dikatakan jodoh. Walaupun tdak berpanjangan namun cukup memberi kesan yag mendalam buat Adib. Zahra menddik Adib erti tanggungjawab, menghormati wanita dan paling penting Adib sungguh bersyukur dikurniakan isteri yang taat seperti Zahra."






Terzahir di Sanubari


Analia seorang gadis sederhana yang menjadi posto di saat perhatian para jejaka tertumpu pada teman sekampungnya. Namun ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan Ejal tertawan untuk bersahabat dengannya, ‘Bom jangka’ adalah gelaran untuk lelaki itu di awal perkenalan. Tanpa diduga, muncul pula Nafiz yang tidak pernah tergambar di fikiran Analia untuk menjadi peminatnya. Dia teruja disebabkan suatu peristiwa yang masih berbekas di hati. Tanpa paksaan, Analia sedar bahawa dia perlu mengadili berdasarkan hati dan perasaan.






Kata saya :

Ini jujur ikhlas dari hati ya , semasa membeli novel pertama novelis ini saya tak tahu dan tak kenal siapakah dia , tapi bila tengok cover yang biru dan sedap mata memandang . Dan kata-kata ringkas di depan cover memang menarik sangat dan itulah faktor utama saya membeli buku itu (kupersembahkan hati)

nyata saya tidak rugi sebab memang seronok sehingga saya menjuraikan air mata dan saya ulang bali baca dua kali lagi . Kan ? nampak tak penangannya di situ ? gila tak gila , dah macam buku Siti Rosmizah rasanya .

Novelis kembali dengan novel kedua pula (Terahir di sanubari) yang bagi saya terkilan sebab saya memang nak sangat Analia dengan Nafiz , dan betapa tegarnya perangka plot ini mematikan watak yang saya rasa sangat sepadan dengan heroinnya dan digantikan dengan Faizal Mukhlis sebagai teman sehidup Analia.

Kata novelis ini , tak semuanya sempurna sebab belum tentu yang kita inginkan akan dapat (berdasarkan pemahaman saya). Melalui FB saya mengenalinya dan kami menjadi rapat . Memang seronok berkawan dengan novelis ini sebab memang selamba dan tenang saja orangnya.



Kalau nak kenal dengan novelis ADRA ADLINA , klik namanya .


P/s : Oh , jangan lupa dapatkan novel beliau akan datang , tahun depan dalam jangka bulan 7 yang bertajuk Te Amo Sayang ! sure best !








5 comments:

  1. terima kasih amer! sudi jugak mereview karya akak. dah taching ni pagi2 jumaat nih :D sayaaaaaaang amer ;)

    ReplyDelete
  2. memang terbaik dari Adra..akak pun akui. sama mcm amer, akak kenal dia dan juga kamu pun melalui FB. dan akak gembira dpt share kebolehan kamu semua berkarya dan sometimes i also touching.

    ReplyDelete
  3. terima kasih jugak kat akak :D walaupun baru kenal dah rasa serasi. memang kita ditakdirkan jd geng ni ;)

    ReplyDelete
  4. It'ok je Kak Adra , buku akak memang best sebab tu saya promosi kat sini. Tengah tunggu buku akak yang akan datang ni , kita promosi besar-besaran mengkit cara kita . Jauh tak semestinya tak boleh saling membantu, kan ? Saya lakukan apa yang termampu saya .

    FB memang menemukan kita semua dan saya gembira berkawan dengan Kak Mardiana dan Kak Adra dengan Mimi tu . Seronok sangat-sangat ! :) Berkongsi rasa , idea dan masalah masing-masing .

    ReplyDelete
  5. bukan saja berkongsi masalah, at least ada kawan gado2 jugak..tak semestinya sahabat di alam maya tak boleh bersatu kan?..smoga apa yg terbaik dpt diraih oleh kalian bertiga.

    ReplyDelete

apa kata anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...