Monday, November 21, 2011

:: Homeless ::



Astaga , mengucap jugak saya bila nak memuatnaik alih foto yang berada di dalam lappy saya . geram dan sakit hati hanya Allah sahaja yang tahu . Saya tahulah memang gambar diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi , tapi .... takkanlah sampai lama sangat ?!

redha !

Ini antara projek kemuncak yang saya bersama-sama teman-teman lain yang mengambil subjek sosiologi semester lepas. projek yang kami semua lakukan ialah 'homeless' atau gelandangan.

kawasan fokus kami ialah gelandangan di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Cuba teka ? mereka memang gila ramai dan terdiri dari pelbagai kaum. Ada yang datang dari jauh ke K.L untuk bekerja dan mencari saudara -mara . Ada juga yang memang hidup bergelandangan begitu selama berpuluh tahun ataupun sudah dibuang keluarga .

haaa , mengucap dalam hati , insaf , sedih , kesian dan tak tahu nak cakap apa bila melihat keadaan mereka . Sebab saya tahu sebanyak mana yang kita lihat takkan sama dengan apa yang mereka alami , hanya Allah yang tahu semua itu .

Saya ikut dibawah pengawasan Reach Out Programs .


Mereka sangat mengalu-alukan anak-anak muda sebagai sukarelawan untuk memberi makanan dan sumbangan .

Masa saya pergi malam itu saya diketuai oleh


Beliau antara salah seorang sukarelawan yang berpengalaman bertahun-tahun dan mengetuai kumpulan lain untuk memberi makanan , sumbangan dan sukarelawan - sukarelawan baru .

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut klik sahaja kat atas tu . Kalau sesiapa yang duduk sekitar Kuala Lumpur , bolehlah sangat . Kalau tak dapat hari - hari , seminggu sekali pun dah bagus . sebulan sekali ke . Tolong bungkus makanan ke kalau rajin ikut kumpulan bagi makanan dekat sana . Boleh tengok secara dekat dan bercakap sendiri dengan mereka .

Hidup lebih indah andai bisa menghargai , mengerti dan memahami . Tidak pelu wang , perhatian dan kasih sayang sudah memadai !







3 comments:

  1. skrg ini byk kisah gelandangan yg di siarkan di kaca tv.. selalu rasa tersentuh dgn nasib mereka.. bersyukur dgn apa yg kita ada.. thanks yer amer sudi singgah ke blog akak..

    ReplyDelete
  2. Yup , memang dah ramai yang gelandangan dan ada di merata-rata tempat . Itu belum lagi pelarian yang tinggal di Malaysia . Sedih juga melihat situasi begini .

    ReplyDelete
  3. akak nak p Kl tu next week..tapi takdelah sampai nak tgk gelandangan tu..suka kata2 kamu, perhatian dari kita lebih baik dr segalanya.

    ReplyDelete

apa kata anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...