Monday, January 10, 2011

:: Meluah Perasaan ::


Tulisan ini adalah tulisan dari hati aku sendiri. Ia kemahuan aku. Dan aku mahu menterjemahkan di diary elektronik untuk tatapan yang sudi menyinggah ke blog aku. Baru sekarang aku berupaya menulis di ruangan ini kerana punya waktu senggang. Maknanya selama ini aku sibuklah, kadang-kala ya dan kadangkala tidak. dan kadang-kala aku malas masa itu.


Hampir seminggu ini aku hanya duduk rileks sambil membaca novel yang aku borong di Popular kelmarin. Sebetulnya aku mulai mengesan sesuatu dalam diri aku yang hilang. Aku kehilangan mood mahu menulis cerita rekaan aku. Entah kenapa dengan tiba-tiba aku berasa tidak berselera menghadap Lappyku dengan lebih lama. Bukan itu sahaja bila menghadap tulisan ceritaku aku seperti tidak berselera untuk membaca apatah lagi menyambung kisah itu.


Oh, parah betul aku. Sedih yang sangat pedih. Aku tahu ia satu sindrom yang sangat berbahaya. Jadi yang mana aku mampu buat ialah membaca novel yang banyak tertangguh untuk mengembalikan semula mood yang telah hilang.


Aku tak boleh memaksaku jemari menari-menari atas papan keyboard pabila otak beku tak tahu mengarang apa. Aku berharap penyakit ini tidak berlarutan. Jika tidak aku bakal menitikkan air mata! Haha! Gurau!


Kepala otak ini banyak cerita untuk diterjemahkan. Tapi mengapa ia terluah? Adakah sukar untuk aku menterjemahkan ke bentuk tulisan? Ataupun aku seorang yang kedekut perasaan dan imaginasi? Terangguk-angguk kejap. Aku harap aku akan dapat lebih memajukan diri lepas ini. Doa.


Aku rasa ini sahaja yang aku nak tulis. Nak tulis entry ini pun aku dah semakin hilang selera, apa kes?! Yang pelik bila makan berselera sungguh. Adakah ia lebih kedengaran sebagai satu alasan yang tersangat klise? Ia, mungkin! Tapi kalau aku lebih mengatakan kepada baris ayat ini; urm, entahlah!


Teringat kata seorang e-novelis; bila aku di musim begini ianya seakan senggugut (haha!) yang akan memaksakan aku supaya tidak melakukan apa-apa yang aku minat walau sedikitpun! Urm, ya jugak! Membaca itulah pilihan terbaik!
Tapi kata-kata lain; ia lebih kepada rehat sebentar sebelum menyambung sesuatu yang tertangguh. Urm, Agak diterima pakai juga.


Apa-apa pun selamat maju jaya untuk diriku! Aku akan terus membaca sehingga novel yang aku beli ini habis. Then, baru aku sambung semula apa yang tertangguh. Aku menanam impian pada tanah gersang. Aku berharap apa yang tanam mula membenih dan menjadi pokok yang cantik.


Erk?! Ya, aku sekarang memasuki mood ayat-ayat yang melemaskan jiwa. Harap maklum. Tamat!





Ps; Tolong ingatkan diri korang agar tidak mudah terpengaruh dengan apa yang aku tulis ni. Baca boleh. Oh, Drama King betullah aku ni! ^o^ v







No comments:

Post a Comment

apa kata anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...