Monday, September 27, 2010

:: saya orang baru ::




Salam alai'ik.
Saya orang baru. begitulah tajuk entri buat pertama kalinya di blog yang serba baru disini. Saya si penguin yang berada di tengah-tengah itu! huhu! gurauan sahaja! Di blog yang serba baru, saya baru nak bertatih-tatih mengenal dunia blog. jadi, blog ini akan jadi tempat saya meluahkan segala aktiviti saya, insyaAllah. dan segala apa perisa hati termasuklah ketidakpuasan hati saya, akan saya muntahkan di blog ini. Terpulanglah kepada teman-teman sama ada nak membaca atau tidak.

Bak kata nama blog ini: Blog aku Tulisnya aku dan punya aku. Akan saya tulis apa-apa sahaja di dalam blog dan sekadar perkongsian hati bagi sesiapa yang ingin membacanya.
Jadi, entri yang pertama ini saya saya akan menjadi sesopan yang mungkin walaupun hakikatnya, saya sahaja yang tahu. hahaha!!!

jadi, jangan lupa juga melawat saya di blog lagi satu iaitu:
http://www.koleksiamermukhlis.blogspot.com
teman akan tahu bila anda memasuki pondok buruk saya yang lagi satu yang tak seberapa itu.


lastly, bila jemari dah gelek sakan mengetuk papan keyboard, inilah payahnya bila susahnya nak berhenti. Ok, kita berjumpa lagi di entri seterusnya dan saya cuba memberi info-info yang berguna dan serba sedikit tentang diri saya.

sebelum salam saya hulurkan, tengoklah saya ditengah-tengah supaya nanti bila anda keluar, anda akan mengenali saya yang sedikit ter-over itu. hehehe!

Salam ala'ik.


No comments:

Post a Comment

apa kata anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...