Monday, November 21, 2011

:: Homeless ::



Astaga , mengucap jugak saya bila nak memuatnaik alih foto yang berada di dalam lappy saya . geram dan sakit hati hanya Allah sahaja yang tahu . Saya tahulah memang gambar diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi , tapi .... takkanlah sampai lama sangat ?!

redha !

Ini antara projek kemuncak yang saya bersama-sama teman-teman lain yang mengambil subjek sosiologi semester lepas. projek yang kami semua lakukan ialah 'homeless' atau gelandangan.

kawasan fokus kami ialah gelandangan di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Cuba teka ? mereka memang gila ramai dan terdiri dari pelbagai kaum. Ada yang datang dari jauh ke K.L untuk bekerja dan mencari saudara -mara . Ada juga yang memang hidup bergelandangan begitu selama berpuluh tahun ataupun sudah dibuang keluarga .

haaa , mengucap dalam hati , insaf , sedih , kesian dan tak tahu nak cakap apa bila melihat keadaan mereka . Sebab saya tahu sebanyak mana yang kita lihat takkan sama dengan apa yang mereka alami , hanya Allah yang tahu semua itu .

Saya ikut dibawah pengawasan Reach Out Programs .


Mereka sangat mengalu-alukan anak-anak muda sebagai sukarelawan untuk memberi makanan dan sumbangan .

Masa saya pergi malam itu saya diketuai oleh


Beliau antara salah seorang sukarelawan yang berpengalaman bertahun-tahun dan mengetuai kumpulan lain untuk memberi makanan , sumbangan dan sukarelawan - sukarelawan baru .

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut klik sahaja kat atas tu . Kalau sesiapa yang duduk sekitar Kuala Lumpur , bolehlah sangat . Kalau tak dapat hari - hari , seminggu sekali pun dah bagus . sebulan sekali ke . Tolong bungkus makanan ke kalau rajin ikut kumpulan bagi makanan dekat sana . Boleh tengok secara dekat dan bercakap sendiri dengan mereka .

Hidup lebih indah andai bisa menghargai , mengerti dan memahami . Tidak pelu wang , perhatian dan kasih sayang sudah memadai !







:: Main Tulis ::




. Salam .

Sekarang saya tengah cuti semester . memang seronoklah kan ? Gilalah kalau tak seronok sebab memang jarang nak habiskan masak dengan keluarga sebab saya belajar di Shah Alam dan keluarga menetap di Taiping .

Lainlah kalau banyak duit , memang tiap - tiap minggu saya balik . Kan ? Tapikan , bila dah duduk di rumah , kerja penulisan memang dah tak berapa nak jalan . Nak tahu sebab apa ? sebab banyak masa terhabis dengan melakukan benda lain - memasak , berjalan , jaga granny dan melingkar macam ular tonton TV! Yehhu !

Cuti
Assignment tiada .
Pensyarah tiada .
Kawan universiti tiada .
Teman serumah tiada .

tiada - tiada - tiada

Jimat .
Duit makan jimat .
Duit sabun basuh jimat .
duit naik bas jimat .
Duit berjalan jimat .

Jimat - jimat -jimat

kan ?

Itulah kelebihan duduk rumah , tapi benda ni sekejap saja sebab cuti semseter bukannya lama mana pun ! jadi , nak habiskan banyak masa dengan keluarga dan lepak puas-puas . Makan . Tidur . Memasak . Berjalan bagai !

Keluarga - masa - bahagia - nikmat


entri ni entri bosan dari lelaki yang banyak kata bila kat layar putih !

hahahahaha !













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...