Wednesday, August 7, 2013
Pergi
Thursday, March 14, 2013
Mendepani hari yang bukan mudah . . .
Tuesday, February 12, 2013
Wacana Buku Ahmad Lutfi Othman
Wednesday, January 2, 2013
Kenangan 2012, Wah!
Saturday, October 27, 2012
Qurban dan Korban
Thursday, April 26, 2012
manuskrip yang insomnia
Friday, April 20, 2012
Untuk Seketika yang Menyeksakan . . .
Manusia tidak menyedari yang teradang dirinya bodoh dan riak bila senang dan menyesali bila merasa ia senang untuk seketika. Aku terngadah, akulah manusia yang aku sendiri perkatakan itu. Bila semuanya melambak di hadpaan mata, barulah aku sedar ia sepatutnya aku mesti bersyukur dengan apa yang aku ada dan punya.
Jangan mengharapkan lebih dari kemampuan dan jangan tidak bersyukur dengan apa dimiliki. Terkadang, bila aku merasa susah, aku sendiri lelah. Memikirkan ia yang tiada penghujungnya. Dan garis hujungnya memberitahu, aku seharusnya bertabah dengan semua ini. Aku harus positif dengan semua ini. Aku mensyukuri aku adalah insan yang bertuah yang dipilih-Nya untuk melaluinya.
Perit, tetapi banyak menyedarkan bukan?
Kalau meluahkan pada manusia tidak memberikan kepuashatian, aku meluahkan pula di Microsoft Word. Terkadang, nampak macam tiada apa-apa, namun bagi aku ia amat berkesan sekali. Dan bila aku membacanya kembali, ia bagai mentazkirahkan aku akan apa yang aku alami dan tidak mudah berputus asa.
Ya, bukan mudah hendak menjadi pelajar. Bila mana aku sendiri juga seorang penulis, yang wajib memberi komitmen dengan apa yang aku minat, bertanggungjawab dengan rasaku, bertanggungjawab dengan cerita imaginasiku, bertanggungjawab dengan kisah di sekelilingku. Juga manusia sekeliling yang berharap dengan kisah imaginasi berbaur realiti terkadang mengandungi banyak cela dari baiknya.
Ya, bukan mudah menjadi seorang pelajar dan penulis, bila mana aku juga adalah seorang pekerja yang bekerja untuk menampung kos hidup seharian. Yang member komitmen dengan pekerjaan dan majikannya. mana semua yang diperlukan bagaikan tidak cukup, aku harus berusaha sendiri untuk mendapatkannya.
Untuk seketika aku terseksa sebenarnya, namun aku bahagia. Bahagia kerana terpilih melaluinya, bacalah apa yang aku tulis, semuanya terkandung positif untuk menyedapkan hati sendiri dan memberi galakan kepada diri. Luahan ini adalah luaha untuk manusia yang mudah putus asa seperti aku, namun tulisan pengluahan hatinya ini member input semangat kepadanya kembali agar meneruskan apa yang sudah tertulis dan telah di lorongkan kepadanya.
Dalam hidup, dalam harta pinjaman yang semua adalah milik-Nya, aku tidak berhak memilih. Namun aku dipilih untuk melaluinya. Seharusnya, beruntunglah aku menjadi insan yang terpilih oleh-Nya. Kan?
Monday, November 21, 2011
:: Homeless ::

Palet - palet Kesah
Saturday, September 17, 2011
Rumah Hasanah Beranang, Selangor


Ia antara pengalaman yang bermakna dan seronok apabila dapat mereka secara dekat, yang selama ini saya selalu tengok di kaca televisyen ataupun dada akhbar. Bertambah mengujakan apabila kami datang melawat orang tua yang penghuninya adalah lelaki, kami disambut dengan mesra dan dan diberikan taklimat ringkas mengenai usul-asal rumah penjagaan ini.




Gambar diatas ini, antara yang menyertai kerja amal ini. Terdiri daripada pelajar unisel sendiri dan adik-adik dari sekolah menengah di Kelang. Semuanya berasa gembira apabila ada di sana dan tidak berasa kekok dengan suasana yang baru lagi, kerana penghuni di sana semuanya ceria-ceria dan semangat belaka walaupun bulan ramadhan.
Ini adalah sebahagian penghuni yang sempat kami jumpa dan bertegur sapa. Rata-rata diantara kami memanggil mereka dengan panggilan atuk.panggilan atuk lebih mesra dan mendekatkan kami dengan mereka. Ternyata, mereka sangat peramah sekali saat pertama kali bertemu.
Tiada kekok tiada janggal dalam perbualan dan boleh menceritakan apa sahaja cerita yang mahu kami dengarkan meskipun usia perkenalan kami terlalu muda.
Atuk pada gambar sebelah kanan ini, mengikut sumber tertentu, beliau adalah penyanyi lewat zaman Tan Sri P. Ramlee.Mendengarkan suaranya mendendangkan lagu-lagu lama, membuatkan saya terdiam sejenak.
Suaranya masih sedap dan enak didengar biar jenis apa pun lagu yang dinyanyikannya. Namun, setiap kali atuk ini menyayikan lagu, saya merasakan ada rasa sendu yang menyarati setiap nada yang dilontarkan.
dalam berkerja tu, kami sempatlah berehat sekejap sambil mendengar nyanyian atuk ni. dengar atuk ni nyanyi, mendayu-dayu membuatkan semuan yang berasa di situ terbuai-buai seketika.


Gambar-gambar yang sempat diambil ketika mereka sedang melakukan kerja pembersihan di rumah penjagaan itu.Ada yang asyik, sempat beraksi dan menatap hasil seni kreatif yang dihasilkan oleh penghuni di sana.
Barang-barang perhiasan yang dihasilkan oleh mereka semuanya canti-cantik belaka dan sedia untuk dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Kerja pembersihan ditamatkan dengan berbuka puasa bersama dengan penghuni Rumah Hasanah. Seronok menikmati makanan yang ada bersama mereka, yang nyata sekali pandai berjenaka hingga membuatkan kami asyik tersenyum sahaja.
Sekitar pukul 8.30, kami semua beransur pulang. Ia menyedihkan apabila terpaksa berpisah dengan mereka semua dan kami tinggalkan mereka dengan satu janji, bahawa kami akan kembali lagi ke sini pada tahun hadapan.
Semua pulang ke Unisel dengan membawa segala kenangan indah yang boleh dirakam sehingga bila-bila. Terima kasih atas nikmat ini.




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)










