Monday, November 21, 2011

:: Novelis Ian Iftirasy ::


Ian Juliana - Sisa Sebuah Cinta

sinopsis :

Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda . Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa , Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama .

Namun , ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda . Terbit rasa bersalah tterhdapa Renda . Bagi melihat kebahagiaan Renda , dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda.

Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz , keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa , Renda pergi membawa diri ke Perancis . Di sanalah dia memulakan hidup baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri , insan yang sangat menyayanginya . Namun , mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya ? Apakah lagi yang dihadapi oleh Renda ?



****


Untuk melanggan on-line bakal berada di pasaran sila klik

atau , untuk membaca sedikit sisa sebuah cinta , bolehlah pergi ke blog NOVELIS
ini !



P/s : seronok dapat kenal dengan kak Ian . kakak yang baik ! okie dokie , ^.^ v






:: Novelis Hafimi Huzin ::


Hafimi Huzin - Satu - satunya Cinta

Ini adalah kawan laman sosial muka buk saya yang sudah menjadi novelis di syarikat penerbitan Alaf 21.

saya add dia saat ternampak cover buku ini sebab bagi saya tak ramai penulis lelaki dan saya nak berkawan dengan ramai penulis lelaki . Alhamdulillah setakat ini semakin serasi di laman maya dan bertambah akrab (statement syok sendiri bagai ! ahaks .)

Kepada yang belum mendapatkan lagi buku ini , silalah dapatkannya di kedai buku berhampiran. ini adalah nukilan pertama novelis ini , jadi jangan harap kesempurnaan kerana setiap apa yang kita hasilkan akan ada lemah.

untuk membaca sinopsis dan sedikit sedutan dari kisah ni , sila klik



p/s : promosi buat kau , nanti kalau jumpa aku nak caras kau lebih-lebih! :D





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...