Thursday, June 2, 2011

:: Ayah dan Ibu ::

Terima kasih buat ayah dan ibu!

Sungguhlah...kasih ayah hingga ke dunia. Kasih ibu sampai ke syurga. Dua perkataan itu sangat menyentak hati sehingga membuatkan aku terasa-rasa sehingga kini.

Pagi tadi ayah aku menelefon aku. Sebelum ini aku membuat permintaan kepada ayah dan emak. Dan tidak disangka pagi tadi ianya telah termakbul. Sebenarnya bukanlah tujuanku untuk menceritakan hal yang ini, tapi yang mahu aku ceritakan ialah kisah disebalik kisah.

Bagi aku, ia sangat mengharukan hati aku. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Meskipun terpaksa bergolok-gadai untuk melihat anak berjaya di muka hari. Ayah banyak berkorban. Ibu banyak bersusah payah. Asalkan melihat anak-anaknya berjaya, mereka akan menyanggupinya.

Sungguh, kalaupun aku bisa membalas jasa ibu bapa yang tidak terhitung itu, mungkin nilainya belum mampu menyamai dengan apa yang ayah dan ibu lakukan untuk aku. Langsung tidak setanding barangkali.

Buat pembaca dan pelalu blog ini, aku mengharap sangat, tolonglah hargai ayah da ibu anda. Sementara mereka masih ada. Terus terang, aku dah melihat anak-anak yang melupakan ibu bapanya. Sampaikan sanggup nak menghantar emak sendiri masuk ke rumah orang tua. Oh dunia. Anak yang bagaimanakah ini?
Sebelum aku menoktahkan entry ini, anda pilihlah anak mahu menjadi anak yang bagaimana. Dunia ini terlalu sekejap untuk hal-hal yang seperti itu. Ingat, kalau melibatkan ayah dan ibu, menyakitkan hati dan melukai, Allah balas di dunia masa itu juga. Cash!

Aku mahu menjadi anak yang disayangi ayah dan ibu. Anak yang tahu asal usul dan tidak melupakan ayah dan ibunya apabila berjaya kelak. Amin Ya Allah. Anda pula bagaimana? Pilih dan tentukan sendiri.

Tuesday, March 15, 2011

:: boleh tak kau jangan nak merepek, Amer? ::


Assalamualaikum!

Then baru boleh hoi! hai! hei! argh! (sambil nganga mulut dan air liur sipi-sipe je nak meleleh)

Erm, sudah lama tak menulis blog ini. entah ada entahkan tidak yang nak membaca kan? kalau ada? hah! alangkah gembiranya aku! (sambil buat tepuk tangan sebiji macam anjing laut yang nak menyambut bola!) sadisnya...

sepi betul blog ni, langsung tiada muzik. Nak nak dengan empunya blog ni yang sememangnya pemalas tahap tak ingat! Urm, haram jadahlah jawabnya!

Nothing important here, just love to say Hi! or apa khabar! to my follower or silent readers. oh, dilema betul, ada ke? harap-harap. (bersama wajah yang penuh pengharapan)

aku berdoa, agar aku tidak dimasukkan ke hospital atau menampar seseorang yang aku rasakan perlu sebagai tanda penghargaan or melepaskan geram semata-mata.

Sebelum undur diri, aku nak gelak macam Mak Lampir dulu. Ha. ha. ha. ha. ha.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...